9 Buah-Buahan Ini Turunkan Tahap Kolestrol Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kolesterol disebabkan terlalu banyak lemak
yang ada di dalam darah, lemak ini adalah lemak yang
sukar diuraikan dalam darah jika lama kelamaan lemak
itu tertimbun di pembuluh darah dan menyebabkan darah tidak boleh mengalir dengan lancar dan akhirnya anda berisiko untuk dapat tekanan darah tinggi dan juga boleh mengundang kepada terjadinya strok.

Sebenarnya kolesterol juga sangat penting bagi tubuh
yaitu berfungsi untuk membangun dinding sel dan juga
membantu pembentukan hormon dalam tubuh, tetapi jika kadar kolesterol dalam darah berlebihan, itu
yang bahaya.

Di dalam tubuh kita terdapat 2 jenis kolesterol iaitu
LDL dan HDL.

LDL (low density lipoprotein) adalah kolesterol jahat
yang tidak baik bagi kesihatan, jika LDL dalam darah
meningkat maka akan menimbulkan plak di pembuluh
darah dan menyebabkan penyumbatan pembuluh
darah.

HDL (high density lipoprotein) ini adalah kolesterol
baik yang berguna bagi tubuh, jika kadar HDL
meningkat maka akan mengkonveri vitamin yang larut
dalam lemak jadi sangat baik bagi kesehatan.

Terdapat berbagai cara untuk menurunkan kadar
kolesterol dalam tubuh, salah satu contohnya adalah
dengan memakan buah-buahan.

Jadi saya nak kongsikan 5 buah yang sangat baik untuk
menurukan kadar kolestrol dalam darah kita

1. Avocado

Pengambilan buah avocado secara kerap dapat
menurunkan LDL dalam tubuh kerana di dalam avocado terdapat lemak tak tepu yang dapat berfungsi sebagai antioksidan yang berkhasiat menjaga pembuluh darah dari pengumpulan kolesterol.

2. Limau Nipis

Limau nipis mengandungi flavonoid yang
berkhasiat untuk menghalang peningkatan kadar kolesterol dalam darah dan dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

3. Epal

Pengambilan buah epal sebanyak 2 jali sehari dapat menurunkan kadar LDL dalam darah sebanyak 40%. Di dalam buah epal juga mengandung beta glucan yang berkhasiat untuk mengawal kolesterol dan penyerapan kolesterol dalam tubuh.

4. Tomato

Tomato adalah buah penurun kolesterol berikutnya. Di
dalam buah tomato terdapat likopen. Likopen ini berfungsi untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Di dalam buah tomat juga mengandung vitamin B dan kalium yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

5. Jambu Biji Merah

Di dalam jambu ini terdapat kandungan flavonoid seperti limau nipis. Flavonoid dalam jambu merah akan menjadi antioksidan yang mampu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam darah.

6. Anggur

Sama seperti jeruk nipis dan jambu merah, di dalam
anggur juga terdapat flavonoid. Selain flavonoid di dalam anggur juga terdapat zat catechin yang berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan sekaligus meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah.

7. Buah Delima
Tidak hanya dapat menurunkan kolesterol, buah delima
juga mengandung zat yang dapat menghilangkan plak
dalam aliran darah sebagai akibat tingginya kolesterol
darah fungsi ini diperoleh dari kandungan oksida nitrat
yang terdapat dalam buah delima.

8. Mangga
Buah mangga juga merupakan salah satu sumber
Vitamin C yang dapat mencegah kolesterol jahat
teroksidasi penyebab utama terjadinya plak
(penimbunan) kolesterol pembuluh darah. Di sisi lain,
buah mangga juga merupakan salah satu sumber
makanan kaya serat yang dapat mengurangi masuknya
kolesterol ke dalam aliran darah pada tahap
pencernaan.

9. Pisang
Pisang merupakan sumber yang baik dari serat
makanan, yang dapat membantu mengurangi low-
density lipoprotein – LDL atau kolesterol “jahat”.
Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu
menurunkan tekanan darah, dan pada gilirannya, dapat
menurunkan kolesterol jahat dan menyihatkan jantung.

Moga berjumpa lagi di artikel yang lain ye.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *