Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pasti yang pertama kali bergelar ibu masih tak tahu sayuran atau ulaman yang boleh dan tidak boleh diambil semasa dalam pantang.
Ada juga beberapa jenis sayuran dan ulaman yang perlu di elakkan kerana ia boleh menyebabkan bentan dan bisa pada sendi. Kesakitan disebabkan salah makan ni akan melambatkan proses penyembuhan.
Sebelum kita ke jenis sayuran dan ulaman yang tidak boleh dimakan, kita semak dulu jenis-jenis sayuran yang boleh di makan.
Sayuran dan ulaman yang boleh dimakan semasa dalam pantang
- Sawi hijau. Karot putih, jantung pisang – Memperbanyakan susu
- Karot merah, peria katak, semua jenis ulaman seperti pegaga, ulam raja, daun mengkudu, silom -memberikan kesihatan lebih baik, tenaga dan merawat luka
- Bawang besar- membersihkan usus & kolon serta mengurangkan rasa haus
- Bawang putih & Halia- Buang angin, melancarkan darah & melangsingkan
- Brokoli
- Ulam kunyit – Mengembalikan kecergasan badan dan mempercepatkan luka pulih
Sayuran dan ulaman yang tidak boleh dimakan semasa dalam pantang
- pucuk ubi
- petola
- kangkung
- Timun
- Rebung
- Labu
- Bayam
- Terung
- Jering dan petai
Ibu berpantang juga disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber.
Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas.
Wasalam dan selamat berpantang.