Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda ceria-ceria selalu. Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang sembelit dan juga buasir yang mungkin akan di hadapi oleh ibu-ibu semasa kehamilan, dan ada sedikit tips yang berguna kepada ibu-ibu untuk mengelak berlakunya sembelit dan sekaligus membawa kepada buasir.
Sembelit
Sembelit ialah masalah biasa untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini adalah diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.
Cara untuk mengelak dari sembelit
- Sentiasa awasi diet anda.
- Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
- Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
- Bersenam, Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.
- Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.
- Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.
Buasir
Buasir(piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.
Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.
Berjumpalah dengan doktor anda sekiranya ada terdapat simptom-simptom yang boleh dikesan contohnya darah merah terang selepas anda membuang air dan gatal di sekeliling dubur.
Semasa kehamilan, jumlah darah dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.
Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar.
Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil.
Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.
Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.
Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.
Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.
Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
saya harap artikel saya kali ini akan dapat membawa manfaat kepada semua, sehingga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya.
Wasalam
Kak Faz
Adakah anda mengalami:
1)SEMBELIT?
2)BUASIR?
3)PERUT SEBU?
4)PERUT BUNCIT?
Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).
Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)
Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth