3 Langkah Mudah Hapuskan Bau Mulut – Berkesan dan Confirm Menjadi

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kali ni saya nak share tips hapuskan bau mulut. Dah hampir 6 bulan saya cuba cara ni sebenarnya. Cuma saya teragak-agak nak share di blog BengkungModen.com sebabnya tak ada kena mengena dengan bersalin atau perut kempis pun.

Tapi bila saya fikir semula, apa salahnya share benda baik. Confirm menjadi pulak tu sebab saya dah try buat.

Sebelum tu saya nak bagitau, saya memang ada masalah mulut berbau (dulu lah…). Cara nak tau senang je, tiap kali bangun tidur boleh bau mulut kita tu kuat mana. Kalau dah gosok gigi memanglah bau tu hilang, tapi sekejap je.. Karang-karang berbau balik terutama bila mulut dalam keadaan kering.

Lagi satu, cara mudah ialah tanya Incik Suami, “Bang, busuk tak bau mulut saya..?” Mintak dia jawab dengan jujur…..huhu..

Sungguh tak best bila mulut berbau ni. Confident level boleh menjunam jatuh. Nak bercakap dengan orang sebelah pun rasa macam takut je nak buka mulut. Bagi yang pernah terbau busuk mulut orang sebelah pun sama, mesti terpaksa tahan nafas kan..?

Meh sini saya nak share…

Tips ni bukan setakat menjadi je, yang paling saya suka tips ni sangat ringkas, hasilnya nampak dengan segera, guna bahan semula jadi, dan kos nya sangat murah pulak tu.

Dan yang paling penting – Tanpa kesan sampingan tau…
Minyak bijan untuk hapuskan bau mulut dengan berkesan

minyak bijan

Haa… ? Minyak bijan….? Biar betul…

Ye dulu saya pun macam tak percaya. Tips ni sebenarnya saya  dapat dari anak buah saya (anak buah lelaki pulak tu…)  yang sangat lah peka dengan kebersihan diri. Agaknya dia terbau mulut mak cik dia ni yang sungguh tak best, terus dia bagi tips ni.

Cara-cara guna minyak bijan untuk hilangkan bau mulut

1. Mesti 2 sudu besar atau lebih minyak bijan

2. Mesti kumur-kumur minyak bijan tu paling kurang selama 20 minit

3. Jika baru pertama kali buat, mungkin akan rasa loya / pelik sikit. Mungkin juga rasa macam tak boleh pegi  je dengan bau minyak bijan ni. Tapi percaya lah.. Alah bisa, tegal biasa. Masa mula-mula saya cuba cara ni pun, saya rasa macam tak tahan juga. Siap standby berdiri kat tepi sinki takut tiba-tiba rasa nak terjeluak pula. Lepas 2 hari cuba saya dah ok dah, tak ada rasa apa-apa dah. Siap boleh kumur-kumur sampai 40 minit lagi.

4. Untuk seminggu pertama, buat setiap pagi dan malam. Tapi kalau tak sempat sangat sebab pagi selalu terkejar-kejar nak hantar anak ke sekolah dan pergi kerja, boleh juga buat tiap-tiap malam.

5. Lepas seminggu pertama, boleh buat 2 hari sekali, atau selang sehari. Tapi kalau rasa nak buat tiap-tiap hari juga pun boleh je. Bukan ada kesan sampingan merbahaya pun. Membantu menyihatkan lagi mulut adalah… hehe… Kalau ikut cara mat saleh lagi ekstrim, mesti buat 30 ke 45 hari berturut-turut. Agaknya nak dapat kesan lebih cepat lah tu.

6. Elakkan dari menelan minyak bijan yang telah digunakan untuk berkumur. Minyak tu dah tarik banyak bakteria dan plak dari celah-celah gigi, tak perlu ditelan lagi segala harta tinggalan tu. Luahkan saja keluar dari mulut…

7. Selain dari minyak bijan, minyak kelapa dara juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Cuma nya minyak kepala dara kosnya agak mahal  berbanding minyak bijan.

Teknik berkumur ni dipanggil ‘ oil pulling ‘ dalam istilah mat saleh. Teknik menghapuskan bau mulut dengan minyak bijan ni juga sebenarnya adalah dari teknik purba India atau nama famousnya Ayurveda.

sesame oil

Antara kebaikan oil pulling ni adalah :
1. Membantu menghapuskan bau mulut dan bau nafas
2. Menghapuskan plak gigi
3. Menguatkan dan menyihatkan gusi
4. Membuang bakteria dan sisa makanan serta asid yang berkumpul di celah-celah gigi terutama di bahagian yang sukar dicapai apabila memberus gigi
5. Ada yang melaporkan masalah asma dan resdung yang dihidapi telah berkurangan semenjak mengamalkan teknik oil pulling ini
6. Ada juga yang melaporkan jerawat mereka berkurangan selepas mengamalkan teknik oil pulling ni. Apa tak kurang nya, mulut dah bersih. Selama ni banyak ternak bakteria, lepas tu tiap kali makan, harus ada bakteria tu yang ikut sekali masuk ke dalam badan dan meresap ke darah bersama makanan yang kita telan.

Anda boleh google di internet untuk info lebih lanjut. Tapi saya dah google habis-habis dah, dan saya ringkaskan apa yang saya dah baca dan kongsikannya bersama anda di sini.

Itu saja untuk kali ini. Insya Allah kita bertemu lagi di tips yang lain pula.

Wasalam

Kak Faz

Ps : Teknik oil pulling ni memang sangat-sangat berkesan dan bagus untuk menghilangkan bau mulut. Tolonglah share dengan kawan-kawan yang anda rasa ada masalah ni. Jom bersama-sama kita wangikan mulut kita..

9 thoughts on “3 Langkah Mudah Hapuskan Bau Mulut – Berkesan dan Confirm Menjadi”

  1. untuk permulaan 3 hari bolehlah berkumur dengan minyak bijan/minyak kelapa pada waktu pagi…kemudian bolehlah buat seminggu 2 kali ke..

  2. Nak tanya pakai minyak bijan tu jenis apa ye? boleh ke guna minyak bijan untuk masakan tu?

    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *