Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hamil dan juga bersalin biasanya akan mengubah bentuk badan wanita, mana tak nya hampir kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi akan bertukar keadaan dan menjadi kembang serta bengkak di sebabkan oleh pengaruh hormon hamil terutamanya di bahagian perut.
Dengan pemakaian bengkung lepas bersalin dapat membantu untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim dan merapatkan kembali bahagian keintiman anda yang telah regang dan longgar.
Selain itu ber bengkung juga boleh membantu:
1. Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
2. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
3. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor .
4. Mengelakkan badan daripada ‘ masuk angin ’.
5. Membantu menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung
6. Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi.
7. Memecahkan lemak dan selulit dan mencegah dari makan berlebihan .
8. Mengembalikan kedudukan peranakan /mengelakkan rahim jatuh.
9. Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin terutamanya bila terbatuk atau terbersin.
10. Mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.
Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak mudah longgar.
Pastikan ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.
Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
Jika anda displin pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang , ia boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan serta mengempiskan kembali perut anda.
Wasalam.