#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+
Tahukah anda kepentingan nutrien dalam pemakanan harian bagi ibu-ibu hamil ?
Continue reading 8 Nutrien Dalam Pemakanan Harian Ibu-Ibu Hamil
#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+
Tahukah anda kepentingan nutrien dalam pemakanan harian bagi ibu-ibu hamil ?
Continue reading 8 Nutrien Dalam Pemakanan Harian Ibu-Ibu Hamil
#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+
Info Perkembangan Otak Si Manja.
Continue reading Pengambilan Nutrisi Untuk Perkembangan Otak Si Manja
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang daun sirih , penggunaan dan khasiatnya untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Daun sirih adalah salah satu jenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain. Pernah tak kita lihat…datuk dan nenek kita sering mengunyah daun sirih bersama dengan gambir, pinang dan kapur masa kita kecil-kecil dahulu….mungking ada yang jawab ya, dan ada juga yang jawab tak…Namun seiring dengan perkembangan zaman amalan ini beransur-ansur telah hilang.
Daun sirih mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan berbagai upacara adat istiadat kita. Khasiat daun sirih sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan, sehingga daun sirih dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam rawatan dan penyembuhan berbagai penyakit.
Terdapat 2 jenis daun sirih iaitu daun sirih merah dan hijau . Namun umum lebih mengenali daun sirih yang berwarna hijau. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungal dan juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit
Antara khasiat-khasiat daun sirih adalah
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata
Sampai di sini saja artikel saya kali ini…kita berjumpa di artikel yang lain ye…:)
Wasalam
Kak Faz
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Adakah anda pernah mengalami masalah seperti di atas, pakaian dah jadi sempit dan tak muat.Hari ini saya nak kongsikan satu tips diet dengan menggunakan minyak zaitun,bukan sahaja tidak melibatkan kos yang tinggi namun ia memang berkesan.
Seperti yang kebanyakkan kita tahu, minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun, pokok ini berasal dari Mediterranean Basin. Minyak dapat dihasilkan dengan mengisar buah zaitun tersebut untuk menghasilkan ekstrak minyak dengan cara mekanikal ataupun kimia.
Biasanya masyarakat kita akan gunakan minyak zaitun ini dalam masakan, kosmetik, perubatan, sabun, dan sebagai bahan bakar untuk lampu minyak tradisional.
Extra Virgin Olive Oil ; minyak paling murni dengan kadar 0,5-1% dengan warna hijau pekat. Zaitun tambahan murni, zaitun mentah yang mengalami tahap pemprosesan paling sedikit dan mempunyai aroma. Harganya paling mahal di antara minyak zaitun lain. Namun apa kaitannya dengan usaha kita untuk mendapatkan tubuh yang langsing??
Jom kita cuba ambil 2 sudu makan minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Ini adalah kerana, otak menghasilkan hormon leptin dan ghrelin. Leptin adalah hormon yang memberikan kita rasa kenyang. Sementara ghrelin sebaliknya, ia adalah hormon untuk rasa lapar. Setiap 30 minit hormon ini dirembeskan. Hormon tersebut akanm menghantar mesej ke otak yang memberitahu kita sedang lapar.
Ketika kita mengambil minyak zaitun maka otak akan mengarahkan tisu adipos untuk menghasilkan hormon leptin, dan sekaligus menimbulkan rasa kenyang. Hebatnya otak manusia berfungsi..Sebab itulah bila kita nak makan selepas mengambil minyak zaitun ini kita akan cepat rasa kenyang.
Minyak Zaitun juga bermanfaat untuk:
Jadi kalau nak sentiasa sihat,segar,awet muda ambil lah minyak zaitun sebagai makanan tambahan anda ye…sampai di sini je dulu artikel saya hari ini..moga bertemu di artikel yang lain..:) BELI BENGKUNG MODEN
Wasalam,
Kak Faz
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca. Semoga anda semua sihat-sihat belaka.
Agaknya hari ni apa yg kami nak ceritakan kepada anda semua ya ?
Hari ini saya nak kongsikan artikel bagaimana hendak menjaga kesihatan tubuh badan. Pastinya anda akan cakap BERSENAM , MAKAN MAKANAN BERKHASIAT, dan lain lain. Tapi sebenarnya ada lagi satu cara yang mudah untuk kita menjaga kesihatan badan terutama mereka yang tiada masa untuk bersenam mahupun bersukan iaitu dengan BERPUASA. Berpuasa di setiap minggu.
Betapa banyaknya manfaat berpuasa yang boleh didapati dalam mengekalkan kesihatan.
Setiap kali berpuasa tubuh badan akan membuang segala toksin atau racun yang terkandung. Kebiasaanya toksin terhasil daripada makanan yang diproses seperti burger ( fast food ), makanan yang mengandungi pengawet atau makanan yang dipanggang. Bagi penggemar makanan fast food anda disarankan untuk berpuasa agar dapat mengurangkan pengambilan makanan tersebut. Toksin ini disingkirkan melalui dua cara iaitu sistem perkumuhan dan pembuangan air besar/kecil. Kesannya, kesihatan badan akan meningkat.
Bagaimana puasa dapat membakar lemak? Baiklah, proses terjadi apabila berpuasa, tubuh badan akan membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Kemudian tubuh badan akan memBAKAR LEMAK setelah glukos telah habis di bakar untuk menghasilkan tenaga. Jadinya lemak-lemak yang ada di tubuh badan dapat di pecahkan dengan hanya berpuasa.
Bila kita sentiasa makan tanpa henti, organ-organ di dalam badan pula sentiasa bekerja untuk mencerna tubuh badan, jadi dengan berpuasa ia dapat merehatkan sebentar sistem pencernaan. Oleh itu, kesihatan badan akan meningkat kerana organ-organ telah melambatkan perembesan cecair pemecah zat makanan.
Bagi mereka yang gemar mengambil makanan dengan had yang ba nyak juga disarankan untuk berpuasa at least satu hari dalam seminggu sudah cukup bagus. Kadang-kadang, kita tidak sedar dengan pengambilan makanan yang diambil sama ada berkhasiat atau tidak. Jadi dengan berpuasa dapat mengawal nafsu makanan.
Sampai di sini sahaja perkongsian informasi kami hari ini. Utamakanlah kesihatan demi menjamin masa hadapan bersama keluarga tersayang. Nantikan artikel saya yang seterusnya untuk membicarakan tentang puasa dan ibu hamil pulak….
Wassalam
Kak Faz