Rahsia Langsingkan Badan dengan Minyak Zaitun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

gemuk

Adakah anda pernah mengalami masalah seperti di atas, pakaian dah jadi sempit dan tak muat.Hari ini saya nak kongsikan satu tips diet dengan menggunakan minyak zaitun,bukan sahaja tidak melibatkan kos yang tinggi namun ia memang berkesan.

Seperti yang kebanyakkan kita tahu, minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun, pokok ini berasal dari Mediterranean Basin. Minyak dapat dihasilkan dengan mengisar buah zaitun tersebut untuk menghasilkan ekstrak minyak dengan cara mekanikal ataupun kimia.

Biasanya masyarakat kita akan gunakan minyak zaitun ini dalam masakan, kosmetik, perubatan, sabun, dan sebagai bahan bakar untuk lampu minyak tradisional.

Extra Virgin Olive Oil ; minyak paling murni dengan kadar 0,5-1% dengan warna hijau pekat. Zaitun tambahan murni, zaitun mentah yang mengalami tahap pemprosesan paling sedikit dan mempunyai aroma. Harganya paling mahal di antara minyak zaitun lain. Namun apa kaitannya dengan usaha kita untuk mendapatkan tubuh yang langsing??

Extra-Virgin-Olive-Oil

Jom kita cuba ambil 2 sudu  makan  minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Ini adalah kerana, otak menghasilkan hormon leptin dan ghrelin. Leptin adalah hormon yang memberikan kita rasa kenyang. Sementara ghrelin sebaliknya, ia adalah hormon untuk rasa lapar. Setiap 30 minit hormon ini dirembeskan. Hormon tersebut akanm menghantar mesej ke otak yang memberitahu kita sedang lapar.

minyak-zaitun

Ketika kita mengambil minyak zaitun maka otak akan mengarahkan tisu adipos untuk menghasilkan hormon leptin, dan sekaligus menimbulkan rasa kenyang. Hebatnya otak manusia berfungsi..Sebab itulah bila kita nak makan selepas mengambil minyak zaitun ini kita akan cepat rasa kenyang.

Minyak Zaitun juga bermanfaat untuk:

  • Mengurangkan kolesterol berbahaya.
  • Mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (trombosis) dan penebalan (arteriosklerosis) pembuluh darah.
  • Dapat mencegah timbulnya serangan kanser dalam tubuh, antara lain kanser payudara, kanser rahim dan kanser kulit (melanoma).
  • Berkhasiat mengurangkan keradangan sendi. Mengelakkan pembentukan batu hempedu ( gallstone ).

Jadi kalau nak sentiasa sihat,segar,awet muda ambil lah minyak zaitun sebagai makanan tambahan anda ye…sampai di sini je dulu artikel saya hari ini..moga bertemu di artikel yang lain..:) BELI BENGKUNG MODEN

Wasalam,

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

2 thoughts on “Rahsia Langsingkan Badan dengan Minyak Zaitun”

  1. Assalam sis..nk tanya kalau kita tgh berpantang, bolehkan kita mengamalkan pengambilan minyak zaitun ni..

    tq in advance

  2. Wasalam puan, boleh puan lagipun pengambilan minyak zaitun ni memang bagus untuk kesihatan kita.Jika puan tak boleh nak makan yang minyak, kami juga ada jual dalam bentuk kapsul..ini linknye ye puan>>http://www.butikbengkungmoden.com/index.php?route=product/product&product_id=176&search=zaitun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .