Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tempoh kehamilan yang memakan masa 9 bulan memungkinkan ramai wanita Muslim yang mengandung akan melewati bulan Ramadhan semasa hamil.
Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari.
Walau telah diberi kelonggaran oleh agama, 70% daripada wanita Muslim yang hamil memilih untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi.
Continue reading Ibu Hamil Jangan Paksa Diri Untuk Berpuasa Jika Anda Ada 8 Tanda Ini