Assalamualaikum,
Memakaikan bedung kepada bayi baru lahir merupakan amalan yang praktiskan sejak dari zaman dulu lagi. Antara alasan yang sering diberikan oleh orang-orang tua kenapa bayi perlu dibedung adalah untuk mengelakkan bayi dari terkejut.
Namun begitu, kajian yang dijalankan menunjukkan bayi yang dibedung tidur dengan lebih lena kerana :
-
Bayi tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya
-
Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti didalam kandungan ibunya
-
Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
-
Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas – keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
Bengkungmoden.com kini turut menawarkan
bedung bayi
dengan 3 pilihan warna dan corak yang menarik untuk bayi anda. Warna yang ditawarkan ialah pink, hijau dan kuning. Saiz bagi setiap kain bedung ialah 1 meter x 1 meter – satu saiz yang besar agar anda boleh memakaikan bedung kepada bayi anda dengan lebih lama.
Untuk tempahan, anda boleh mendapatkannya di link berikut >>
kain bedung bayi
<<
Kak Faz
Assalamualaikum,
Semalam, sewaktu dalam perjalanan nak ambil anak disekolah saya terdengar tips yang diberikan oleh
Dr Fadhilah Kamsah
di radio tentang tips untuk tidur dengan lena.
Antara yang saya masih ingat :
-
Minum susu panas atau suam sebelum tidur. Malahan ini merupakan amalan Rasulullah s.a.w
-
Tidur ikut waktu. Contohnya jika waktu tidur anda ialah jam 10 malam, sebaiknya ia diamalkan setiap hari.
-
Padamkan lampu bilik dan tidur dalam gelap. Teringat saya waktu kecil dulu, saya tak boleh tidur dalam gelap. Paling tidak pun sekurang-kurangnya ada sikit cahaya pun tak apa. Kalau tidak, boleh sesak nafas jadinya. Maklumlah, di kampung saya dulu, kalau padam lampu memang gelap gelita sampai satu apa pun tak nampak. Tapi sekarang ni dah okey kalau tidur dalam gelap 🙂
-
Kosongkan fikiran terutama dari perkara yang boleh mengganggu perasaan – yang ni selalunya susah sikit nak buat terutama jika kita sedang dilanda masalah. Tapi kena cuba lah…
-
Basuh kaki dan ambil wudhu sebelum tidur
-
Maafkan semua orang
Tapi bagi mereka yang baru saja menimang cahaya mata dan yang masih mempunyai anak kecil, memang susah untuk dapat tidur yang lena tanpa terjaga ditengah malam. Almaklumlah, kejap baby bangun nak susu, kejap lagi nak kena tukar lampin bila baby buang air besar. Bagi mereka yang mempunyai anak (terutama yang masih dalam pantang) asik berjaga malam dan tidur di waktu siangpula, boleh pening kepala juga bila tak cukup tidur.
Jika anda berada dalam situasi diatas, cuba lakukan perkara berikut :
-
Apabila bayi anda tidur, anda juga patut tidur sekali.
-
Minta pembantu, suami atau mereka yang menjaga anda sewaktu didalam tempoh
berpantang
untuk menjaga bayi agar anda dapat tidur sebentar
-
Semburkan pewangi didalam bilik setiap kali sebelum tidur. Wangian yang harum akan turut menenangkan bayi anda
-
Tutup lampu bilik – ini boleh membantu bayi anda untuk kenal dan membezakan waktu siang dan malam dengan lebih cepat
-
Tutup TV, radio dan peralatan yang mengeluarkan bunyi bising
-
Bedung bayi anda dengan
kain bedung
agar bayi rasa lebih selamat dan tenang
Diharap tips diatas membantu ye.
Kak Faz
TRIPLE BM MARKETING(SA0300664-W)