Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pelanggan dan pembaca blog bengkung moden. Semoga anda semua selamat sewaktu di perjalanan balik kampung dan juga sewaktu beraya. Beraya di mana anda tahun ni ye…?
Bagi saya sendiri, tahun ni giliran beraya di kampung suami di Teluk Intan dulu, kemudian baru lah balik ke rumah mak saya di Terengganu.
Oh ya, beberapa hari lepas saya ada terbaca satu artikel di akhbar tentang persiapan yang perlu disediakan bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan perlu menempuh perjalanan yang jauh .
Sebenarnya ini lah juga yang saya praktikkan sewaktu anak-anak saya masih kecil dulu. Antara persediaan yang biasanya saya buat :
- Sediakan keperluan asas bayi seperti susu, air panas dan air sejuk, diapers, tempat menukar lampin, tisu, pakaian dan lain-lain didalam satu bekas atau bakul yang mudah di capai. Seeloknya bakul ini diletakkan di bahagian tempat duduk dalam kereta agar mudah bagi anda mengambil nya apabila perlu. Almaklumlah, di musim raya macam ni kesesakan jalan raya boleh berlaku bila-bila masa saja. Jadi jika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, anda masih boleh menukar lampin atau menyediakan susu bayi tanpa perlu berhenti.
- Senaraikan barang keperluan bayi anda dan semak sekali lagi sebelum bertolak agar tiada barang penting yang tertinggal.
- Sediakan air sebagai back up dalam bonet kereta untuk kes kecemasan – contohnya anda perlu basuh tangan, atau apabila ada anak anda yang lebih besar yang sakit perut dan perlu buang air dengan segera. Bagi saya sendiri memang kes macam ni tak pernah miss… mesti ada saja anak saya yang nak terkucil terutama sewaktu jalan tengah sesak teruk (paling kerap sebelum tol gombak.. hu..hu..)
- Selain dari air, sebaiknya anda sediakan juga sedikit sabun mandi terutama dalam bentuk cecair untuk mencuci tangan apabila perlu. Jika dirumah anda sabun yang ada hanya dalam botol yang besar, anda boleh isikan sedikit ke dalam botol kecil dan simpan dalam bonet kereta. Bagi saya sendiri, selalunya saya isikan sabun ke dalam botol ubat atau botol plastik kosong yang tak digunakan lagi.
- Sediakan mainan untuk bayi dan anak-anak anda agar mereka tidak bosan sewaktu dalam perjalanan
- Berhenti rehat seketika terutama di tempat rehat yang disediakan. Dengan ini bayi dan anak anda boleh mengambil angin segar diluar kenderaan.
Okey, itu saja untuk kali ini. Hingga kita berjumpa lagi selepas raya nanti dengan tips yang lain pula.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.
Kak Faz
ps : Sebenarnya sejak semalam saya cuba cari kad raya digital yang boleh saya copy dan paste di blog ni, tapi tak jumpa pula. Dah pening sangat, saya letak lagu raya saja lah…
pps : Buat masa ni mood raya belum datang lagi pada saya, yang ada mood nak tengok barang raya yang orang jual je…hu..hu..
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .