5 Kaedah Displinkan Anak Tanpa Perlu Menjerit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mendidik anak memerlukan kesabaran yang tinggi dan kebanyakan ibu akan menggunakan cara jeritan untuk mendisplinkan anak.

Namun apabila sudah kerap menjerit kanak-kanak akan rasa lali dengan cara ibu ini dan mereka akan buat endah tak endah sahaja.

Ketahui beberapa kaedah yang boleh ibu-ibu amalkan untuk mendisplinkan anak dengan cara tak menjerit tapi menggunakan pendekatan yang berlainan sedikit.

1. Tarik nafas dalam-dalam

Saat kemarahan anda ingin meletus tenangkan diri dahulu. Anda boleh beralih ke tempat lain dulu, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskan.

Ulangi langkah ini sehingga anda berasa tenang, baru anda bercakap dengan anak anda.

2. Fokus pada perbuatan

Ibu bapa perlu menggunakan cara yang positif untuk mengajar anak dengan cara menumpukan pada perlakuan mereka.

Contohnya jika mereka menyepahkan mainan mereka, tegur dan beritahu secra spesifik akan kesan perbuatan menyepahkan barang mainan tersebut.

3. Tegas

Tegas tidak bermaksud perlu menjerit. Cukup dengan mengeraskan suara untuk menunjukkan anda serius dan sedang memberi arahan.

Ingat tegur anak anda dalam keadaan yang tenang tetapi tegas.

4. Peraturan yang jelas dan terang

Sentiasa ingatkan anak anda tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Terangkan juga akan kesannya jika mereka melanggar peraturan berikut.

5. Puji anak jika berkelakuan baik

Berikan pujian kepada anak anda jika mereka berkelakuan baik. Dan elakkan memberi perhatian jika mereka membuat salah.

Ada kalanya anak melakukan perkara yang anda tidak sukai kerana inginkan perhatian anda.

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *