Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mesti ibu-ibu yang mempunyai anak kecil akan tertanya-tanya bila agaknya umur yang sesuai untuk ajar anak-anak kita berlatih menggunakan tandas (potty training).
Sebenarnya tiada usia yang rasmi untuk memulakan latihan ‘potty’. Tapi ia boleh bermula seawal usia 18 bulan hingga 3 tahun.
Ada kalanya juga, anak-anak tak perlukan latihan ‘potty’ yang formal.
Ia datang secara semulajadi setelah mereka melihat atau belajar daripada kanak-kanak lain atau orang dewasa di sekeliling mereka.
Akan tetapi, untuk anak yang mengalami masalah sembelit, latihan ‘potty’ yang formal harus dilakukan sejak awal lagi.
Galakkan mereka duduk di ‘potty’ selama lebih kurang 20 minit setiap kali selepas makan utama (sarapan pagi, tengahahari atau makan malam) di mana pada ketika ini refleks gastrokolik berlaku dan mereka akan mengalami rasa atau ‘urge’ untuk membuang air besar.
Lama-kelaman kanak-kanak ini akan biasa dengan rutin sebegini dan dapat melakukanya sendiri.
Wasalam.