8 Tips Ibu Hamil Patut Amalkan Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mesti ramai ibu yang hamil sekarang inginkan anaknye putih gebu lepas dilahirkan nanti..hehe.

Meskipun menurut pakar, apa yang ibu makan ketika hamil tidak menentukan warna kulit bayi yang dilahirkan. Melainkan kulit anak akan putih gebu hasil percampuran genetik antara ibu dan ayah.

Namun tak salah jika ibu tetap ingin berusaha, ada beberapa makanan yang ramai percaya dapat cantikkan kulit bayi, janji jangan benda mengarut nak buat dah lah. Jom semak…

1. Kelapa

Air kelapa dipercayai dapat membuatkan kulit bayi bersih. Air kelapa mengandung elektrolit tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan alami bagi tubuh. Lagi bagus, air kelapa dapat menghidrasi tubuh dengan cepat dan membantu menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi dalam kandungan akan lebih bersih.

2. Susu Saffron

Amal minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffron, 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur boleh mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Bagi ibu hamil, meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti.

3. Putih telur

Telur merupakan makanan yang kaya dengan kandungan protein. Selain itu, banyak lemak, mineral, serta kolin tinggi yang sangat baik untuk ibu hamil. Selalu mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan diyakini dapat membuatkan kulit bayi putih dan sempurna.

4. Badam

Sebenarnya ada 3 makanan yang sangat digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang sedang mengandung iaitu, kurma, badam dan susu. Boleh buat minuman dan campur semua bahan ini. Apa yang bagus, badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Makan badam atau minum susu badam selama kehamilan. Selain sihat untuk perkembangan janin, badam juga dipercayai dapat mencerahkan kulit bayi.

5. Oren

Salah satu buah kaya dengan vitamin C yang wajib diambil selama kehamilan. Selain meningkatkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.

6. Jus anggur

Kandungan alpha hydroxy acids (AHA) dalam anggur dipercayai berkesan untuk menghasilkan kulit yang cerah dan sihat.

7. Kacang hijau

Mengambil bubur kacang hijau atau air rebusannya diyakini dapat menjernihkan air ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan.

8. Lobak putih

Lobak putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama hamil.

Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam.

Tetapi jangan risau, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.

Semoga maklumat ini bermanfaat ya!

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *