Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada sesetengan bayi yang cerewet untuk minum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama.
Ada beberapa faktor yang ibu-ibu perlu ambil kira semasa penyimpanan susu di dalam peti sejuk.
1. Bekas penyimpanan
Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai. Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
Plastik biasanya tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
2. Cara kendalian
Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah. Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang cepat rosak, rasa dahulu sebelum berikan kepada anak anda.
Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk elak susu menjadi masam.
3. Periksa peti sejuk
Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3-7 darjah selsius supaya susu mampu bertanhan selama lapan hari.
Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
4. Kebersihan
Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih.
Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau, anda juga disarankan untuk menggunakan pencuci yang sesuai untuk membersihkan botol, corong pam susu, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
5. Pemakanan ibu
Ibu juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu.
Elakkan makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
Sampai sini dulu artikel kali ini.