Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi ibu hamil yang mengalami HB rendah ini, terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi olehnya dan bayi dalam kandungan andai masalah ini tidak ditangani sejak dari awal.
Bagi wanita normal yang tidak hamil, bacaan hemoglobin yang ideal ialah 12.0 gd/l ke atas. Tetapi, bagi ibu yang mengandung pula, doktor menyarankan untuk mengekalkan bacaan 11.0 gd/l ke atas. Bacaan ini amat baik buat kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Antara risiko yang mungkin dialami oleh ibu dan bayi ialah
Ibu
1. Sistem pertahanan semula jadi badan akan menurun dan menjadikan diri lebih cenderung untuk jatuh sakit atau mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus.
2. Ibu hamil yang mengalami anemia yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi terutamanya semasa dan selepas kelahiran.
3. Berisiko mendapat komplikasi jantung di mana dengupan jantung boleh meningkat ke tahap yang luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan baik.
4. Tekanan darah tinggi
5. Ibu anemia juga berkemungkinan besar memerlukan pemindahan darah sekiranya mengalami pendarahan semasa melahirkan.
Bayi
1. Bayi berisiko untuk lahir tidak cukup bulan (pramatang).
2. Lahir dengan berat badan yang rendah
3. Berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi
4.Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut.
Kesimpulannya, pastikan anda sentiasa memastikan bacaan hemoglobin anda berada dalam tahap yang disarankan doktor.
Sekiranya terlalu rendah, ia bukan sahaja memberi kesan negatif pada diri seperti mudah pitam, pening kepala malah turut mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa bayi di dalam kandungan.
Wasalam.