6 Buah-Buahan Yang Berkhasiat Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buah-buahan diketahui sebagai sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Kandungan nutrien yang terdapat dalam buah-buahan adalah penting untuk kesihatan tubuh manusia.

Penjagaan pemakanan adalah cara menjaga kesihatan terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan.

Banyak kajian yang dibuat mengaitkan manfaat buah-buahan kepada kesihatan manusia.

1.Anggur

Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan juga hilang ingatan.

Selain itu ia juga baik untuk anti penuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular.

Anggur juga boleh mengelak dari gastrik  dan mencegah penyakit gusi.

2. Oren

Untuk menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser.

Oren juga baik untuk antioksidan, perkembangan otak janin dalam kandungan dan mengawal tekanan darah.

3. Epal
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan.

Epal juga baik untuk menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.

4. Mangga
Anti kanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, memperbaiki kesihatan seksual dan membantu untuk menambah berat badan.

Mangga dapat menguatkan daya ingatan dan berfaedah bagi anemia.

5. Kiwi

Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida), membantu memperbaiki pernafasan kanak-kanak(pendek nafas, berdehit dan batuk malam)

Kiwi juga boleh mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, mejaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

6. Pisang
Antikemurungan (membantu memperbaiki mood dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan daya ingatan.

Pisang juga meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik, melegakan cirit birit dan juga sembelit.

Jadi kena rajin makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *