7 Tips Penjagaan Payudara Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semasa hamil, biasanya bakal ibu akan mengalami perubahan pada payudara.

Ini terjadi kerana ketika ini payudara sedang membina kelenjar susu dan dalam persediaan untuk menghasilkan susu badan.

Peningkatan hormon estrogen dan progesterone juga menjadi salahsatu penyebab terjadinya perubahan pada payudara ibu.

Biasanya, ibu akan mengalami rasa sakit dan lebih sensitif pada payudara dan puting. Keadaannya sama seperti ketika sebelum datang bulan, di mana kita akan merasa sakit-sakit pada payudara.

Selain daripada itu, anda juga akan merasa perubahan sebab ketika ini payudara akan rasa membengkak dan membesar. Bahagian puting pula akam menjadi lebih sensitif dan bahagian areola(bulatan gelap di sekeliling puting) akan semakin membesar dan gelap.

Bagi menjaga payudara anda semasa hamil, ada beberapa tips yang telah kami sediakan di bawah:

1. Pemilihan coli sangat penting dalam penjagaan payudara anda. Bertukarlah kepada coli yang lebih selesa dan boleh meyokong pembesaran payudara anda seperti coli materniti.

2. Pilih coli yang diperbuat daripada kain kapas, bertali luas, tidak berwayar bagi memberi keselesaan kepada payudara anda.

3. Anda juga boleh mula membeli bra materniti sekitar usia kandungan anda empat bulan. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada setiap individu.

4. Gunakan peralatan mandian yang mempunyai ciri-ciri hypoallergenic bagi mengurangkan kesakitan pada kulit ibu khususnya di bahagian dada.

5. Elakkan mandi air panas kerana mungkin akan menyebabkan kulit anda kering, sekali gus menimbulkan rasa sakit pada bahagian payudara.

6. Keringkan bahagian payudara dengan lembut selepas mandi

7. Amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi sepanjang kehamilan anda

Harap tips ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu di luar sana ye.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *