Manfaat Asid Folik Untuk Yang Merancang Untuk Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedang merancang untuk hamil? Jika ya, anda perlu mempersiapkan tubuh anda supaya mudah ‘lekat’.

Salah satu cara adalah dengan mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan ibu hamil.

Asid folik merupakan salah satu vitamin penting yang perlu diambil sebelum hamil dan semasa hamil.

Pengambilan asid folik amat disyorkan sebelum kehamilan kerana dapat mengelakkan masalah kecacatan saraf tunjang atau tiub neural, termasuklah spina bifida.

Pengambilan vitamin ini juga dapat menyokong dalam mengekalkan kesuburan wanita serta mempersiapkan tubuh untuk hamil.

Asid folik perlu diambil sebelum anda hamil kerana kebanyakan wanita hanya akan mendapat tahu tentang kehamilan mereka selepas empat hingga lapan minggu.

Justeru itu, pengambilan asid folik lebih awal, iaitu semasa konsepsi merupakan cara terbaik untuk memastikan tubuh anda dan janin yang akan terbentuk mendapat nutrien yang secukupnya sebelum hamil.

Anda perlu mengambil 400mcg asid folik setiap hari dari tempoh anda merancang untuk hamil sehinggalah usia kandungan anda 12 minggu.

Selamat mencuba.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *