Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya nak sharekan info untuk suami-suami… Perasan tak apabila isteri hamil terdapat perubahan dari segi perilaku mereka.
Ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon dalam tubuh isteri yang mendorong mereka untuk berada dalam kemurungan, jadi kenalah beri mereka perhatian yang lebih sedikit. Kucupan mesra di dahinya sahaja sudah mampu mententeramkan hati isteri anda…:)
Bukan apa, isteri yang hamil perlukan perhatian yang lebih dari suami, terutama ketika beliau tengah sarat dan menunggu saat memperjuangkan nyawa yang hampir berada dihujung tanduk. Elakkan dari memarahinya kerana tidak tahan dengan karenah si isteri dan banyakkan bersabar. Isteri anda kan sedang mengandungkan zuriat anda… 🙂
Jom kita hayati salah satu ayat di dalam Al-Quran surah Ath-Tholaq ayat 6 yang bermaksud:
“Tempatkanlah mereka kira-kira di mana kamu bertempat menurut kesanggupanmu dan janganlah mereka itu kamu susahkan karena hendak menyempitkan mereka. Dan jika mereka itu sedang hamil maka berilah nafkah atas mereka sehingga mereka lahirkan kandungan itu. Maka jika mereka menyusukan untuk kamu maka berikanlah upah mereka dan bermusyawarahlah di antara kamu dengan ma’ruf. Dan jika kamu menemui kesulitan, maka bolehlah menyusukannya perempuan lain.”
Sikap suami terhadap isteri hendaklah selari dengan akhlak Islam, kerana ada kalanya isteri yang hamil meminta sesuatu yang aneh, suami harus tabah menghadapinya. Permintaan yang baik dan halal, hendaklah dipenuhi.
Secara ringkasnya akhlak yang mulia dan ucapan suami terhadap isterinya yang hamil dapat memberi dorongan dan semangat kepada isterinya agat hidup tenang, senang, tenteram dan selalu dekat kepada Allah. Dengan itu, isteri yang hamil tidak begitu merasai berat dan susahnya mengandung.
Untuk bacaan dan rujukan lanjut, anda boleh baca di sini kemurungan semasa hami l dan tekanan emosi semasa hamil . Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda ye..
Wasalam
Kak Faz