Tag Archives: bapa

Kebaikan Halia, ramai yang tidak ketahui rahsianya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan sedikit kebaikan tentang halia(nama botani: Zingiber officinale Roscoe).

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita antaranya merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Sebenarnya halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

kebaikan halia-bengkung modern

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

Saya nak kongsikan cara mudah untuk buat air halia – Ambil segelas air panas dan dicampur beberapa hirisan atau satu sudu halia yg diparut dan satu sudu madu.

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil(Halia).” (Surah Al-Insan : 17).

Sampai sini sahaja perkongsian artikel saya hari ini.

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Bila anak anda jatuh dari katil… gedebuk!

Salam hujung minggu 🙂

Sejak jumaat saya agak sibuk dengan aktiviti sekolah anak-anak saya. Penat jugalah bila kena pergi kesana sini. Tapi bila diingatkan peristiwa yang sama hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup setiap anak, soal penat dan tak sempat online untuk buat kerja saya tolak tepi sekejap. Sudahnya, hari minggu pun saya buat kerja jugak lah sebab kena ganti balik masa kerja yang dah terlepas tu… hu…hu..

Bagi setiap ibu bapa pasti ada kenangan tersendiri untuk setiap anak. Ada kenangan yang manis, yang sedih, yang buat anda rasa bersalah…

Bagi saya sendiri, ada satu kenangan yang kadang-kadang membuat saya rasa bersalah – iaitu bila anak jatuh dari katil. Saya pasti ada antara anda juga yang pernah mengalami peristiwa seperti ni. Biasanya kes anak jatuh dari katil ni berlaku sewaktu anak mula pandai menyulur atau merangkak . Bila anak dah jatuh katil tu, mesti rasa bersalah punya lah…

Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengurangkan rasa sakit bila anak anda jatuh dari katil. Caranya ialah dengan menyusun tilam dikeliling katil. Jadi bila anak anda jatuh, sekurang-kurangnya ada bantal untuk menyambut anak anda dibawah. Jadi tak lah sakit sangat anak bila dah jatuh.

Atau jika anda tak nak ambil risiko anak jatuh dari katil, bentang tilam dan tidur je kat bawah. Bila anak bangun, tak payah lagi anda nak risau takut dia jatuh dari katil. Lagipun budak yang baru pandai merangkak ni biasanya tengah teruja nak explore macam-macam. Bila terjaga tengah-tengah malam pun dia boleh merangkak dan main sorang-sorang walaupun dalam gelap.

Kak Faz