Tag Archives: isteri

Kebaikan Halia, ramai yang tidak ketahui rahsianya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan sedikit kebaikan tentang halia(nama botani: Zingiber officinale Roscoe).

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita antaranya merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Sebenarnya halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

kebaikan halia-bengkung modern

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

Saya nak kongsikan cara mudah untuk buat air halia – Ambil segelas air panas dan dicampur beberapa hirisan atau satu sudu halia yg diparut dan satu sudu madu.

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil(Halia).” (Surah Al-Insan : 17).

Sampai sini sahaja perkongsian artikel saya hari ini.

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Review Dari Pelanggan Bengkung Moden Melalui Laman Sosial Facebook (BengkungModen.com)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni saya nak berkongsi satu lagi review dari pelanggan yang telah menggunakan Bengkung Moden.

Review ini dari Puan Wan Habibah melalui Laman Sosial Facebook yang merasakan selesa semasa penggunaan bengkung moden dan menyesal tidak mengenali BengkungModen.com terlebih awal.

review pelanggan bengkung modern

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Wan Habibah dan kami doakan puan akan berjaya mengempiskan perut beliau.

Biar pelanggan kami yang bercerita tentang keselesaan bengkung moden.

Untuk info lengkap tentang bengkung moden, sila klik sini >> bengkung moden untuk kempiskan perut buncit <<

Kak Faz

Asid Folik dan Kesuburan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang Asid folik dan kaitannya terhadap kesuburan.

Asid folik dapat membantu masalah kesuburan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Lelaki di galakkan mengambil asid folik antara 700-1000mcg sehari. Asid folik juga merupakan bahan penting dalam proses spermatogenesis. Apa itu spermatogenesis??Spermatogenesis adalah proses pembentukan dan pematangan spermatozoa (sperma).

Bagi wanita pula, kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum,membantu pembentukan plasenta & proses pelekatan janin di dalam rahim. Supplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah agen pertumbuhan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itu ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kehamilan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil,
pengambilan pil asid folik 3-6 bulan sebelum merancang hamil sangat penting! Ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

AsidFolik-IbuHamil

Jadi, bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, ambil lah supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Tapi kena ingat bahawa SUPPLEMEN ASID FOLIK BUKAN UBAT KESUBURAN. 🙂

Wasalam,

Kak Faz

Trauma Akibat Komplikasi dan Sakit Yang Lama Sewaktu Bersalin

Salam semua 🙂

Ada diantara kita para ibu yang sebenarnya menghadapi trauma untuk mengandung lagi dan bersalin normal akibat dari pengalaman bersalin yang sukar dan komplikasi yang dialami sewaktu proses bersalin yang terdahulu.

Ini merupakan antara sebab mengapa ada wanita yang mengambil keputusan untuk bersalin pembedahan secara elektif. Bagi mereka yang mendapat persetujuan suami dan keluarga, sudah tentu bersalin caeserean tidak menjadi masalah. Tetapi ia menjadi satu masalah apabila suami tidak bersetuju dan meminta si isteri untuk cuba bersalin normal. Keadaan ini menyebabkan si isteri berada didalam dilema antara menurut permintaan suami atau mengikut kata hati yang masih teringat-ingat pengalaman bersalin yang lalu.

Saya pasti anda pasti tertekan jika berada didalam situasi ini. Pengalaman bersalin terdahulu yang sukar, sakit bersalin yang lama dan komplikasi yang dialami menyebabkan ada yang tertekan dan menangis memikirkan tempoh untuk bersalin yang semakin dekat.

Jika ini berlaku kepada anda, sebaiknya anda cuba berbincang dengan pasangan anda. Ceritakan dengan detail pengalaman bersalin anda yang lalu, tentang kesakitan yang anda lalui sewaktu proses kelahiran, kebimbangan anda jika masalah yang sama berulang dan juga tentang keselamatan bayi anda. Tambahan pula, yang harus melalui semua ini adalah anda sendiri.

Selain dari itu, minta bantuan ibu, ibu mertua atau saudara yang dihormati oleh suami untuk memberikan pandangan kepada suami anda. Jika ada diantara mereka ini yang pernah masuk kebilik bersalin dan bersama-sama dengan anda diwaktu proses melahirkan bayi terdahulu (bagi kes dimana suami tidak dapat menemani anda dan digantikan oleh saudara anda yang terdekat), minta mereka menceritakan detik cemas yang telah dilalui.

Anda juga boleh meminta pendapat dan pandangan dari doktor anda sewaktu melakukan lawatan dan pemeriksaan bulanan di hospital / klinik.

Sudah tentu juga, berdoa dan memohonlah kepada Allah agar proses bersalin kali ini lebih mudah bagi anda dan agar lembut hati suami anda untuk menerima keputusan dan pilihan anda.

Walau apa sekalipun keputusan anda, keutamaan adalah keselamatan anda dan bayi, tidak kiralah bersalin normal atau caeserean.

Kak Faz