Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂
Hari ini saya ingin berkongsi 4 sebab kenapa bayi berumur dibawah 6 bulan perlu dielakkan dari diberikan air kosong. Jika di ikutkan, ramai juga orang-orang tua yang bising terutama kepada ibu-ibu muda yang enggan memberikan air kosong kepada bayi mereka. Selalunya masa nilah dilema bertandang – nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu…hehe..
Tapi apa-apa pun, berikut adalah sebab-sebab kenapa air kosong perlu dielakkan dari diberi kepada bayi dibawah umur 6 bulan :
1.
Risiko jangkitan kuman
jika air yang diberikan adalah tidak bersih.
2. Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan
penyusuan susu ibu
kerana bayi tidak lagi dahaga. Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.
3. Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya
sawan tarik
.
4. Susu ibu menghasilakn salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan pmenghakis salutan ini.
Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak,
makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu
. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.
Kalau lepas ni ada mak atau mak mertua ada bising-bising suruh bagi minum air kosong, cara paling mudah tunjukkan aje artikel ni. Tapi kalau tak berjaya, pandai-pandai lah mengelat cakap “tadi dah bagi kat baby”.. :p (bohong sunat…huhu..)
Wasalam
Kak Faz