Tag Archives: penyusuan susu ibu

Bolehkah Pesakit Kanser Payudara Menyusukan Anak Dengan Susu Ibu…?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca di dalam akhbar Harian Metro berkenaan dengan Mitos vs Fakta – penyusuan susu ibu bagi mereka yang menghidap kanser payu dara.

Mitos

Wanita yang menghidap kanser payudara tidak boleh menyusukan bayi kerana khuatir menjangkitkan kanser kepada anak.

kanser payu dara, menyusukan anak

Fakta

Bayi boleh menyusui susu ibu yang menghidap kanser payudara kerana ia bukan penyakit berjangkit. Punca kanser payudara tidak diketahui dengan jelas sama ada disebabkan faktor genetik, pemakanan atau radiasi. Namun tidak satu pun antara faktor itu boleh dikatakan penyebab seseorang itu diserang kanser payu dara. Sekiranya sebelah payudara rosak akibat kanser, bayi boleh menyusu payudara yang satu lagi.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda juga.

Wasalam

Kak Faz

bengkung moden

Bahaya Air Kosong Kepada Bayi Di bawah Umur 6 Bulan

Assalamualaikum & salam sejahtera 🙂

Hari ini saya ingin berkongsi 4 sebab kenapa bayi berumur dibawah 6 bulan perlu dielakkan dari diberikan air kosong. Jika di ikutkan, ramai juga orang-orang tua yang bising terutama kepada ibu-ibu muda yang enggan memberikan air kosong kepada bayi mereka. Selalunya masa nilah dilema bertandang – nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu…hehe..

makanan-bayi-umur-6-bulan

Tapi apa-apa pun, berikut adalah sebab-sebab kenapa air kosong perlu dielakkan dari diberi kepada bayi dibawah umur 6 bulan :

1. Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih.

2. Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi dahaga. Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.

3. Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik .

4. Susu ibu menghasilakn salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan pmenghakis salutan ini.

Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu . Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.

Kalau lepas ni ada mak atau mak mertua ada bising-bising suruh bagi minum air kosong, cara paling mudah tunjukkan aje artikel ni. Tapi kalau tak berjaya, pandai-pandai lah mengelat cakap “tadi dah bagi kat baby”.. :p (bohong sunat…huhu..)

Wasalam

Kak Faz

bengkung moden murah

Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko jangkitan H1N1 / Selsema babi

Assalamulaikum,

Sepatutnya posting ni keluar semalam, tapi rupa-rupanya saya tersilap set haribulan. Patutlah tak keluar semalam…hu…hu..

Okey, mari kita teruskan saja lah ye…

Penyusuan susu ibu diakui penting di awal kelahiran bayi bagi melindungi bayi dari sebarang jangkitan.

Dan kini dengan ancaman Influenza A H1N1 yang sudah diperingkat pandemik,  penyusuan susu ibu diakui boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Menurut kajian bayi yang tidak disusukan dengan susu ibu berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti berbanding bayi yang disusui dengan susu ibu.

Malahan, penyusuan susu ibu dengan lebih kerap sangat digalakkan bagi ibu yang telah terkena jangkitan H1N1 kerana susu ibu akan menghasilkan antibodi bagi melindungi bayi dari jangkitan.

Bagi anda yang bakal bersalin tidak lama lagi dan bagi mereka yang masih didalam tempoh berpantang, janganlah disia-siakan peluang ini.  Sematkan azam didalam diri anda untuk menyusukan bayi dengan susu ibu kerana ia amat penting sebagai perlindungan untuk bayi anda disaat penyebaran virus Influenza A H1N1 yang semakin berleluasa ini.

Untuk info lanjut, anda boleh dapatkannya disini >> klik disini <<

Kak Faz