6 Makanan Pembakar lemak terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Percaya ataupun tidak, sebenarnya tubuh kita tidak ingin menyimpan lemak.

Selain diet, anda juga boleh tambahkan beberapa makanan berikut dalam menu diet anda.

Berikut beberapa makanan pembakar lemak yang memang sedap tapi boleh membakar kalori dalam tubuh, contohnya

1. Daging tanpa lemak

Daging kaya dengan protein sehingga memerlukan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memecahkan protein yang yerkandung dalam daging. Ini bererti tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk membakarnya.

2. Teh Hijau

Teh hijau juga merupakan minuman enak yang menyihatkan serta dapat membakar lemak pada tubuh. Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat meningkatkan metabolisme dan membantu menurunkan berat badan. Biasanya wanita sangat menyukai teh hijau untuk menurunkan berat badan. Cukup menikmati secawan teh hijau panas setiap hari untuk membakar lemak dalam tubuh.

3. Avokado

Avokado mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi, kaya dengan lemak serta tinggi kandungan serat yang dapat bantu membakar banyak lemak. Pengambilan setiap hari akan menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari.

4. Badam

Segenggam badam mengandungi protein, lemak dan serat. Pengambilan badam dalam diet anda akan memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang lain.

5. Makanan Pedas

Hampir semua makanan pedas dapat membantu membakar kalori lebih cepat daripada makanan lainnya. Anda boleh mengonsumsi sambal dan pelbagai makanan pedas lainnya untuk membantu mempercepatkan pembakaran lemak pada tubuh Anda. Namun, jangan sampai terlalu banyak pula sebab boleh menyebabkan cirit birit.

6. Kopi

Kafein juga boleh membuatkan metabolisme badan kita bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak. 1 atau 2 cawan kopi sudah mencukupi untuk pembakaran kalori anda. Tapi jangan terlebih pulak sebab kafein boleh menyebabkan jantung anda berdegup dengan lebih cepat.

Ini antara makanan yang boleh bantu untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Tapi senaman pun kena buat juga.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .