7 Jenis Bengkung Untuk Orang Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ber bengkung , amalan penting semasa berpantang.
Dengan ber bengkung , dapat mengempiskan perut , mengembalikan
bentuk tubuh yang asal dan juga elak perut menggeleber .

Bagi ibu yang bersalin normal , boleh mula ber bengkung dalam
minggu pertama pantang, namun bagi ibu yang bersalin
pembedahan , perlu tangguhkan seketika pemakaian bengkung
supaya luka sembuh sepenuhnya atau boleh pilih bengkung yang
sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan.

Di sini saya kongsikan antara jenis-jenis bengkung yang ada di
pasaran.

1. Bengkung Bertali / Bengkung Tradisional
Bengkung jenis ni memang mudah nak pakai. Boleh pakai sambil
berdiri atau berbaring.

Sebaiknya dililit dan dipakaikan oleh orang lain yang pandai. Nak
melilit dan mengikat bengkung jenis ini perlukan kemahiran dan
kekuatan tangan.

Agak sukar pakai bengkung begini sebab tak boleh pakai sendiri
tanpa bantuan orang lain dan mengambil masa yang lama untuk
dipakai

2. Bengkung Lilitan Jawa

Bengkung jenis ni banyak jenis material yang orang pakai. Jenis
kain biasanya jenis cotton belacu. Bengkung ni panjangnya ada
yang 7 meter, 12 meter dan bermeter-meter.

3. Bengkung Tali Zig Zag

Bengkung ini seperti bengkung tradisional tapi dari segi
bentuknya seakan sama cuma telah dimudahkan fungsinya.

Bengkung zig zag ini size nye tak boleh di ubah. kena pastikan beli
size yang betul.

4. Bengkung Bertali / Barut

Boleh dipakai sambil berdiri atau berbaring. Kejap, sangat mudah
dipakai dan mudah di buka cuma kena longgarkan bahagian
bawah sekiranya ingin ke toilet.

5. Bengkung Moden Sarung (Tube)

Fleksible dan paling sesuai untuk ibu baru bersalin, Sangat mudah
dipakai. hanya sarungkan sahaja. Boleh dipakai mengikut
kesesuaian tubuh.

6. Bengkung 3 dalam 1

Bengkung Moden yang cepat, selesa diguna ke mana sahaja.
Bengkung ini free size dan boleh disesuaikan dengan saiz badan.
Adjustable dan elastic. Terdapat 3 helai dan di pakai berasingan.

7. Bengkung Moden

Tak perlu nak lilit, hanya dilekatkan dengan pelekat velcro sahaja.
Memang mudah.

Pelekat juga boleh di adjust mengikut keselesaan puan-puan, jadi
boleh ketatkan atau longgarkan.

Material juga dari bahan yang bukan berasaskan getah, jadi tak
gatal dan tak panas.

Boleh google untuk lihat pelbagai pilihan bengkung dan pilih yang
mana sesuai.

Ibu yang bakal berpantang dah sedia ke dengan bengkung ? Atau
yang masih memilih dan belum beli, diharap perkongsian ini dapat
membantu anda.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .