6 Akibat Buruk Jika Anda Suka Berlapar Untuk Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda nak tahu mengelak dari makan hanya akan membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja anda beperluang untuk makan.

Oleh itu baik makan seperti biasa dan kerap cuma kurangkan kuantiti pengambilan. Cthnya sebelum ni nasi satu senduk, kurangkan ke setengah senduk sahaja.

Nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk anda yang suka berlapar untuk diet.

1. Fikiran cepat lesu dan keliru

Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.

2. Cepat marah

Kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting ini disebabkan otak kurang glukosa yang menukar angin atau mood anda.

3. Kuat makan

Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak. Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih banyak kalori.

4. Malas untuk senaman

Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.

5. Seluar jadi lebih ketat

Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab ia akan menganggu badan mengeluarkan insulin, sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.

6. Mulut berbau

Ketone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan anda kurang tenaga, proses ini akan menyebabkan nafas anda berbau.

Ingat, ubah diet anda kepada yang lebih sihat. Lebihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan, biar makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit daripada berlapar dan mendorong anda untuk makan dengan lebih banyak.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .