Saiz Bengkung Moden Yang Sesuai Untuk Anda

Salam ceria semua,

Ramai yang call saya dan bertanya bagaimana nak tahu saiz Bengkung Moden mana yang sesuai dengan mereka.

Jawapan saya selalunya menyuruh mereka mengukur ukuran keliling pinggang dan perut. Tapi ada juga yang berkata…

Kak Faz, saya tak ada tali tape lah nak ukur.

Ohhh.. senang saja. Kalau tak ada tali tape, cuba ukur pakai tali. Lepas tu, ukurlah tali tu dengan pembaris. Memanglah tak berapa tepat ukurannya, tapi sekurang-kurangnya ukuran tu tak lari jauh sangat dari ukuran sebenar.

Apa yang saya risaukan ialah bila anda sekadar mengagak saiz mana yang agak-agak muat dengan anda. Bukan apa, saya takut nanti Bengkung Moden tu tak fit dengan anda kerana selalunya anda akan order saiz yang lebih besar. Akibatnya, Bengkung Moden akan terasa longgar dan tidak begitu membantu anda mengempiskan perut.

Sekiranya anda tidak pasti saiz mana yang sesuai, sila call saya untuk double check. Ini lebih baik dari anda sekadar mengagak sahaja kerana Bengkung Moden ini diimport dari USA. Jadi… faham-faham sajalah. Saiz orang disana lebih besar dari kita orang-orang Asia ni. Anda mungkin menyangka saiz yang sesuai dengan anda ialah saiz L, tapi hakikatnya saiz M dah cukup sesuai.

Malah ada yang membuat tempahan dengan saya untuk saiz XL, sedangkan hakikatnya bila saya minta ukuran saiz perut dan pinggang, pelanggan saya ini sebenarnya fit untuk saiz S!

Jadi, kalau anda tak pasti saiz Bengkung Moden mana yang sesuai untuk anda, sila hubungi saya dulu ye 😉

Kak Faz

9 thoughts on “Saiz Bengkung Moden Yang Sesuai Untuk Anda”

  1. slm sy amat bminat utk mmiliki bengkung moden mcm mana sy blh dpt produk ni sbb saya stay kat saudi.brp harganya.ank ppn sy sdh brumur 2 thn 2 bln tp perut saya sprti mgandung 5 bln slps mlahirkan secara caesarean dulu.hrp dpt bantu saya.tq

  2. salam Yanna,

    Terima kaish kerana mengunjungi blog bengkung moden.

    Tak ada maslaah untuk pos ke Arab Saiid. Saya dah hantar email.

    Sila check ye.. :mrgreen:

  3. salam kak faz,

    saye kini sudah di waktu2 akhir berpantang. selepas sy terbace mengenai bengkung moden ni, saye berminat untuk memilikinye memandangkan ketika dlm waktu berpantang ni pun, hanye di awal2 mingu pertama dan kedua je saya memakai bengkung.
    oleh tu, boleh tak kak faz btau saye brape hargenye dan mcm mne cre untuk sy dptkn bengkung moden tersebut beserta gel sireh??

  4. salam..ada puan..cuma kami perlukan lebih info seperti berat terkini, tinggi dan juga adakah puan pregnant sekarang/dah bersalin untuk rekomenkan size yang sesuai dengan puan..
    biasanya untuk ukuran 40 inc dah sesuai dengan size S sebab size S ni boleh pergi sampai 45 inci kalau ditarik dengan betul.
    Puan boleh klik http://www.bengkungmoden.com untuk info dan tempahan
    atau puan boleh juga like facebook page kami >> https://www.facebook.com/bengkungmoden?fref=nf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .