5 Petua Tegangkan Kulit Muka Secara Tradisional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kulit tegang sememangnya menjadi idaman semua wanita. Kulit berkedut memang menjadi igaun ngeri wanita. Namun proses penuaan kulit tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, kita boleh melambatkan proses penuaan dengan adanya pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional. Nak kulit tegang kenalah jaga bukan setakat luaran malahan yang lebih penting aspek dalaman.

blogger-image-1520234192

5 Petua Tegangkan Kulit Muka Secara Tradisional

1. Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

20131229_111644_banana-pisang

2. Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

putih-telur1

3. Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

homemade-cucumber-face-mask-1

4. Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.

bunga-melur

5. Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

ginger isolated on white backgrou

Wassalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *