Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mual atau loya selalu terjadi pada ibu hamil pada awal trimester yang pertama. Perkara ini adalah biasa
terjadi kepada ibu hamil disebabkan perubahan hormon dalam badan.
Walaupun ia perkara yang biasa berlaku, anda kena juga berhati-hati sekiranya keadaan muntah berlanjutan sebab ia boleh juga menganggu kehamilan anda.
Morning sickness biasa umumnya hanya terjadi selama 14 minggu kehamilan pertama.
Jadi hari ini saya nak sharekan antara 5 cara mudah untuk mengatasi mual saat hamil secara alami.
1) Dapatkan rehat yang cukup
Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, kurangkan sebarang aktiviti yang memenatkan. Stress juga akan
meningkatkan rasa loya selama kehamilan.
2) Lakukan senaman ringan dan relaksasi
Untuk menjaga tahap kesegaran tubuh, seorang ibu jhamil di sarankan untuk melakukan senaman
ringan. Contohnya seperti banyakkan berjalan untuk pastikan anda sentiasa sihat sepanjang kehamilan
anda.
3) Banyakkan pengambilan buah-buahan segar
Banyakkan pengambilan buah-buahan semasa hamil ,kerana makanan alami ini menjadi salah satu jenis makanan pencegah mual saat hamil. Anda boleh ambil berbagai jenis buah yang anda suka. Terutama adalah jenis buah-buahan yang mengandung antioksidan dan berbagai vitamin. Perlu diingat bahwa ada beberapa buah seperti nanas, pepaya muda, durian, delima, dan beberapa jenis buah lainnya yang tidak disarankan untuk dikonsumsi para ibu hamil.
4) Mengatur pola makanan
Atur cara pengambilan makan anda. Untuk mengurangi rasa mual, makan dalam jumlah sedikit namun
lebih kerap untuk mengurangi rasa mual. Demikian juga dengan minuman, minumlah dalam jumlah
sedikit-sedikit. Jangan tidak minum karena ibu hamil mudah mengalami dehidrasi. Tidak disarankan
untuk minum minuman sejuk dan juga bergas.
5) Pengambilan teh halia
Seperti yang kita ketahui bersama bahawa halia adalah salah satu jenis ramuan tradisional yang
memiliki banyak khasiat untuk kesihatan. Dan ternyata, halia ini juga boleh digunakan untuk membantu
menghilangkan rasa mual saat hamil. Caranya adalah dengan mencampurkan halia ke dalam segelas
teh hangat.
Okay , itu adalah penjelasan mengenai bagaimana penyebab terjadinya kondisi mual atau morning sickness pada ibu hamil. Selain itu kami juga sudah menjelaskan tentang bagaimana cara untuk mengatasi perasaan mual ini. Mudah je kan, tetapi jika anda merasakan bahawa morning sickness sudah sangat mengganggu aktiviti seharian anda dan semakin parah sebaiknya anda lakukan pemeriksaan kesihatan.
Sampai sini sahaja artikel saya kali ini ye, walaupun singkat harap ia bermanfaat untuk anda semua.
Wasalam