Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Hari ini saya nak cakap mengenai rawatan selepas keguguran, Dr Rafi berkata terdapat 3 kaedah yang biasa dilakukan doktor bagi merawat wanita yang mengalami keguguran. Ia juga bergantung kepada jenis keguguran yang mereka alami. Kaedah-kaedah yang sering dilakukan ialah :
Kaedah pemerhatian (observation) – Kebanyakkan wanita hamil yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan. Jika keguguran berlaku selama minggu ke 13. Dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak/ tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja. Biasanya tempoh menunggu maksima adalah selama 14 hari namun ada kalanya mengambil masa 3-4 minggu selepas itu. Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat imbasan bunyi / ultrasound untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).
Rawatan perubatan – Sesetengah kes, doktor akan memberi pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluarkan kandungan yang telah keguguran tersebut. Namun kaedah ini tidak diguna pakai di Malaysia kerana bimbang penyalahgunaan terhadap ubat tersebut oleh orang ramai.
Rawatan pembedahan – Selepas 10 minggu keguguran adlah lebih cenderung untuk menjadi tidak lengkap dan memerlukan kaedah yang dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka pangkal rahim dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut. D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi digunakan adalah Manual Vacuum Aspiration atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Sekian saja untuk info hari ini, kita sambung lagi pada hari yang lain.
Wasalam.