BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

Archives for January 2014

January 31, 2014 by fazidah

Testimoni Terkini dari Pelanggan Bengkung Moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

saya nak kongsikan satu testimoni yang saya dapat dari sms pagi tadi. Sebelum ini beliau telah memesan bengkung moden, dan merasa sangat selesa dengan material bengkung moden tersebut.

testimoni terkini bengkung modern Terima kasih puan atas testimoni yang diberikan, saya doakan puan berjaya mendapatkan tubuh yang langsing. Saya akan sharekan testimoni lain yang diterima oleh pelanggan-pelanggan bengkung moden..:)

‘Biar Pelanggan Kami yang Bercerita Tentang Keselesaan Bengkung Moden’

Wasalam

Kak Faz

bengkung untuk ibu-ibu selepas bersalin

Filed Under: Testimoni Tagged With: bengkung , bengkung bersalin , bengkung moden , bengkung moden murah , bengkung modern , kempiskan perut , perut buncit , review bengkung moden

January 30, 2014 by fazidah

Perkhidmatan CIMB Bank Tergendala Sehingga 3 Februari 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya nak sharekan pengumuman dari website CIMB,sila ambil maklum kepada semua pengguna CIMB Bank Berhad.CIMB akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 31/Jan sehingga 3/Feb. Semua transaksi sama melalui CIMB Clicks atau mesin deposit tunai akan terlibat dalam gangguan ini.Jadi sesapa yang simpan duit dalam CIMB,pastikan anda mempunyai tunai yang mencukupi memandangkan kita akan bercuti Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini..rancang perbelanjaan dan perjalanan anda dengan baik ye..:)..macam iklan pulak ….

perkhidmatan tergendala cimb

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Filed Under: Pengumuman Tagged With: cimbclicks , tergendala , transaksi

January 30, 2014 by fazidah

Khasiat Daun Sirih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang daun sirih , penggunaan dan khasiatnya untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Daun sirih adalah salah satu jenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain. Pernah tak kita lihat…datuk dan nenek kita sering mengunyah daun sirih bersama dengan gambir, pinang dan kapur masa kita kecil-kecil dahulu….mungking ada yang jawab ya, dan ada juga yang jawab tak…Namun seiring dengan perkembangan zaman amalan ini beransur-ansur telah hilang.

khasiat dan manfaat daun sirih

Daun sirih mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan berbagai upacara adat istiadat kita. Khasiat daun sirih sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan, sehingga daun sirih dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam rawatan dan penyembuhan berbagai penyakit.

Terdapat 2 jenis daun sirih iaitu daun sirih merah dan hijau . Namun umum lebih mengenali daun sirih yang berwarna hijau. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungal dan juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit

kelebihan dan kebaikan sirih merah dan hijau

Antara khasiat-khasiat daun sirih adalah

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata

Sampai di sini saja artikel saya kali ini…kita berjumpa di artikel yang lain ye…:)

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Filed Under: Intro , Petua Kesihatan Tagged With: daun sirih , kecantikan , kesihatan , khasiat daun sirih , manfaat daun sirih , sihat

January 29, 2014 by fazidah

Review dari Pengguna Bengkung Moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya ingin kongsikan satu testimoni yang saya terima melalui email bengkung moden.

Menurut Puan Zana, dia merasakan keajaiban kerana  luka beliau tidak terasa sakit apabila memakai bengkung moden ini namun beliau akan merasa sakit apabila tidak memakai bengkung moden ini dan dia sangat berpuas hati dengan keselesaan material bengkung moden tersebut.

review pengguna bengkung modern

Saya berbesar hati atas testimoni yang diberikan oleh Puan Zana, dan berharap Puan Zana dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat dan ceria.

okay lah…sampai kali ini..saya  kongsikan testimoni hari ini. Semoga kita berjumpa di artikel seterusnya.

‘Biar Pelanggan Kami yang Bercerita Tentang Keselesaan Bengkung Moden’

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Filed Under: Testimoni Tagged With: bengkung , bengkung bersalin , bengkung moden , bengkung moden murah , bengkung modern , kempiskan perut , perut buncit , review bengkung moden

January 28, 2014 by fazidah

Suami Perlu Beri Perhatian Lebih Pada Isteri Sepanjang Tempoh Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya nak sharekan info untuk suami-suami… Perasan tak apabila isteri hamil terdapat perubahan dari segi perilaku mereka.

Ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon dalam tubuh isteri yang mendorong mereka untuk berada dalam kemurungan, jadi kenalah beri mereka perhatian yang lebih sedikit. Kucupan mesra di dahinya sahaja sudah mampu mententeramkan hati isteri anda…:)

Bukan apa, isteri yang hamil perlukan perhatian yang lebih dari suami, terutama ketika beliau tengah sarat dan menunggu saat memperjuangkan nyawa yang hampir berada dihujung tanduk. Elakkan dari memarahinya kerana tidak tahan dengan karenah si isteri dan banyakkan bersabar. Isteri anda kan sedang mengandungkan zuriat anda… :)

Jom kita hayati salah satu ayat di dalam Al-Quran surah Ath-Tholaq ayat 6 yang bermaksud:

“Tempatkanlah mereka kira-kira di mana kamu bertempat menurut kesanggupanmu dan janganlah mereka itu kamu susahkan karena hendak menyempitkan mereka. Dan jika mereka itu sedang hamil maka berilah nafkah atas mereka sehingga mereka lahirkan kandungan itu. Maka jika mereka menyusukan untuk kamu maka berikanlah upah mereka dan bermusyawarahlah di antara kamu dengan ma’ruf. Dan jika kamu menemui kesulitan, maka bolehlah menyusukannya perempuan lain.”

kemurungan semasa hamil

Sikap suami terhadap isteri hendaklah selari dengan akhlak Islam, kerana ada kalanya isteri yang hamil meminta sesuatu yang aneh, suami harus tabah menghadapinya. Permintaan yang baik dan halal, hendaklah dipenuhi.

Secara ringkasnya akhlak yang mulia dan ucapan suami terhadap isterinya yang hamil dapat memberi dorongan dan semangat kepada isterinya agat hidup tenang, senang, tenteram dan selalu dekat kepada Allah. Dengan itu, isteri yang hamil tidak begitu merasai berat dan susahnya mengandung.

Untuk bacaan dan rujukan lanjut, anda boleh baca di sini kemurungan semasa hami l dan tekanan emosi semasa hamil . Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda ye..

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Filed Under: Pengumuman , Tips & Petua Rumah Tangga Tagged With: hamil , ibu mengandung , memahami , penyabar , penyayang , perhatian , prihatin , sayang , suami

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 5
  • Next Page »

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin
  • Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda
  • Bengkung Moden..Selesa Sangat Walaupun Pakai Seharian
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Diurut
  • 5 Sebab Kenapa Gigi Susu Perlu Dicabut

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org