Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Memanglah anda tak akan cakap sesuatu yang kasar seperti ‘mak harap kamu tak lahir.’ Tapi komen-komen lain yang anda rasa tak menyakiti anak anda sebenarnya akan menjatuhkan kenyakinan diri anak anda tanpa disedari.
Setiap kata yang kita cakap biasanya akan memberi corak pemikiran dan juga perbandingan dalam fikiran anak anda, pendapat dari Lauren Goldstein, Ph.D, pakar psikologi kanak-kanak, Universiti Strayer. ”
Ibubapa mungkin akan fikir yang membetulkan kesilapan anak-anak mereka akan bantu mereka untuk belajar, tapi apa yang mereka selalu dengar ialah “mereka tak pernah buat benda yang betul atau mereka tak cukup bagus.”
Jadi saya nak share beberapa ayat yang mungkin boleh menyebabkan keyakinan diri mereka akan turun:
Ayat 1: Saya sibuk!
Anak-anak anda akan selalu cuba mengambil perhatian anda walaupun anda sedang lakukan sesuatu. Tapi mengendahkan keperluan mereka dan buat mereka rasa tak diperlukan boleh menyebabkan anak-anak anda ini mendapat satu sikap iaitu tak nak beritahu anda tentang perkara yang penting.
Walaupun bukan semua akan jadi begini, namun ayat “Mummy sibuk lah!” sepatutnya tidak diungkapkan oleh ibubapa. Anda seharusnya buat dia fikir yang anda akan bantu dia selepas anda menyelesaikan tugas anda, dan anda sangat gembira untuk bantu dia menyelesaikan tugasannya itu.
Ayat 2: Kenapa buat macam tu?
Tak kiralah macam mana anda marah pada anak sekalipun, minta pendapat dari anak-anak anda tentang perangai atau kelakuannya yang tak baik boleh menyebabkan keyakinan diri anak anda akan jatuh.
Anda boleh tanya anak anda tentang bagaimana perasaan dia bila buat keputusan yang diambilnya . Tapi, cuba elak untuk meneka; anak anda akan jawab dengan selamba “ya” untuk menyenangkan hati anda.
Ayat 3: Kan mak dah bagitahu!
Walaupun ibu-ibu tahu apa yang terbaik dalam kebanyakkan masa, tapi menyalahkan anak-anak anda akan menyampaikan mesej kepadanya yang anda selalu betul dan dia selalu salah.
Bila anak anda berhadapan dengan sesuatu, ibubapa tak perlu ungkapkan “kan mak dah bagitau!”Seharusnya, anda memikirkan cara untuk mencari jalan penyelesaian bersama tanpa perlu melemahkan keyakinan mereka untuk membuat keputusan sendiri.
Ayat 4: Tunggu sampai ayah balik rumah!
Walaupun anda dah tak tahu macam mana nak berdepan dengan perangai anak-anak anda, jangan sampai simbolkan si ayah sebagai seorang yang jahat. Sebenarnya anda juga akan menyebabkan kepentingan anda tergugat.
Daripada buat macam tu baik anda beritahu anak anda yang anda dan ayah akan berbincang dan buat keputusan atas kesilapan atau masalah yang mereka lakukan.
Ayat 5: Jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja
Niat anda untuk menenangkan anak anda adalah sesuatu yang baik tapi mengendahkan perasaan dia hanya akan menyebabkan anak anda bertambah stress.
Bukan sahaja dia berlawan dengan stress yang sedia ada, tapi anda akan tambah lagi stress yang dia ada. Lebih baik anda berbicara tentang perasaannya, anda juga sedang mengajarnya tentang empati.
Ayat 6: Sebab ‘mak dah cakap, jadi kena ikut’
Tiada siapa yang akan mempersoalkan kepentingan anda, tapi mengelak untuk beri penjelasan kepada anak anda tentang keputusan akan menyebabkan dia kehilangan upaya untuk mengetahui tentang apa yang berlaku.
Kalau anda ajak anak anda berbincang ia bukan sahaja mebuka peluang untuk anda berbincang tentang keputusan anda tapi anda juga boleh mengelak untuk anak anda rasa rendah diri
Okay puan-puan, walaupun ini antara 6 perkara yang sepatutnya anda tak cakap dengan anak-anak anda, tak semestinya anda perlu patah semangat untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak anda kan.
Perkataan yang kita cakap adalah sangat berkuasa, meliputi maksud dan dan juga perasaan. Jadi berhati-hati lah memilih perkataan yang anda gunakan bila bercakap dengan anak anda supaya mereka rasa dikasihi, dihormati dan ada tingkatkan keyakinan diri.
Sebab dalam dunia sebenar, anda masih boleh bantu anak anda untuk dapatkan keyakinan diri tanpa perlu menjadi ‘perfect parents’.
Sumber artikel : Top 6 things you should never say to your kids
Wasalam
Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda by Fina Affaidi