Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang daun sirih , penggunaan dan khasiatnya untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Daun sirih adalah salah satu jenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain. Pernah tak kita lihat…datuk dan nenek kita sering mengunyah daun sirih bersama dengan gambir, pinang dan kapur masa kita kecil-kecil dahulu….mungking ada yang jawab ya, dan ada juga yang jawab tak…Namun seiring dengan perkembangan zaman amalan ini beransur-ansur telah hilang.
Daun sirih mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan berbagai upacara adat istiadat kita. Khasiat daun sirih sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan, sehingga daun sirih dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam rawatan dan penyembuhan berbagai penyakit.
Terdapat 2 jenis daun sirih iaitu daun sirih merah dan hijau . Namun umum lebih mengenali daun sirih yang berwarna hijau. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungal dan juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit
Antara khasiat-khasiat daun sirih adalah
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata
Sampai di sini saja artikel saya kali ini…kita berjumpa di artikel yang lain ye…:)
Wasalam
Kak Faz
Khasiat Daun Sirih by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta