BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

February 17, 2009 by fazidah

Sup ketam untuk tambah susu ibu

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi tips yang saya baru discover :)

Semalam anak saya demam. Disebabkan kawasan rumah saya ni ramai yang kena demam denggi (jiran sebelah rumah saya bergilir-gilir masuk hospital – lepas ayahnya keluar anaknya pulak kena denggi), maka saya pun masaklah sup ketam untuk anak saya. Lagipun ramai juga yang cakap kalau kena demam denggi makan lah sup ketam untuk tambah darah merah.

Biasalah, bila dah masak sup tu saya pun tumpang lah 3 ke 4 mangkuk.. he..he..

Tapi yang tak sangkanya petang tu saya rasa breast saya bengkak. Tiba-tiba susu jadi banyak pula :). Wah..wah.. best pulak rasanya bila sesekali susu tiba-tiba banyak macam ni.

Jadi kalau anda mengalami masalah kurang susu, apa kata anda cuba minum sup ketam. Cara masaknya pun senang saja.

Resipi sup ketam untuk tambah susu ibu

sup ketam untuk tambah susu ibu

Bahan-bahannya :

  1. 2 ekor ketam (di potong 2 dan dibersihkan)
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2cm halia
  5. Lada sulah (dalam 20  ke 30 biji)
  6. Lada hitam (dalam 5 biji ke 8 biji)
  7. Kiub ayam (ambil separuh saja dari satu ketul kiub tu)
  8. 2 batang saderi
  9. 2 biji kentang
  10. Bunga kobis
  11. Sedikit minyak untuk menumis bawang
  12. 4 mangkuk air (kalau nak kuahnya banyak, letaklah banyak air)
  13. 1 sudu kecil Biji Halba (optional)
  14. Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak (pun senang banget)

Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah. Kemudian tumis dengan minyak masak. Selepas bawang dah naik bau, masukkan air. Kemudian hancurkan lada sulah dan lada hitam. Masukkan ke dalam periuk. Diikuti dengan kiub ayam dan kentang. Tunggu hingga sup menggelegak dan kentang telah empuk.  Selepas kentang dah empuk, masukkan ketam. Biarkan seketika, diikuti dengan batang saderi dan bunga kobis. Masukkan garam dan gula untuk perisa. Agak-agak ketam dah masak bolehlah dimatikan api.

Tapi kalau nak lagi banyak susu, anda boleh juga masukkan biji halba kedalam sup. Mesti banyak susu anda lepas tu.

Selamat mencuba ye. Kalau anda juga berjaya tambah susu dengan tips ni, harap boleh beritahu saya. Tapi kalau sebaliknya pun (tak menjadi / susu tak banyak juga) pun boleh beritahu saya juga :)

Tapi secara logiknya tujuan minum sup ketam bagi mereka yang kena demam denggi ialah untuk naikkan platlet darah merah (atau dalam bahasa mudah untuk tambah darah). Jadi kalau bagi ibu yang breastfeeding , boleh lah untuk tambah susu

Oh ya, sebelum terlupa… Sup ketam ini hanya boleh diambil oleh mereka yang telah habis pantang selepas bersalin. Kalau anda masih lagi dalam pantang, jangan cuba-cuba minum sup ni pula. Nanti lambat pula sembuh luka cesarean anda.

Kak Faz

Sup ketam untuk tambah susu ibu by fazidah

No related posts.

Filed Under: Tips Tagged With: resipi , sup ketam , tambah susu ibu

Trackbacks

  1. Makanan yang membantu sebagai Penambah Susu Ibu says:
    June 15, 2015 at 8:35 am

    […] ketam ni pun saya baru je tau. Masa saya search apa lagi untuk membanyakkan susu, saya jumpa ni kat sini. Sup ketam… Kak Faz ni cakap, masa dia makan sup ketam ni, tiba-tiba B dia bengkak. Ini saya […]

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin
  • Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda
  • Bengkung Moden..Selesa Sangat Walaupun Pakai Seharian
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Diurut
  • 5 Sebab Kenapa Gigi Susu Perlu Dicabut

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org