Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Hari ni kita sambung lagi dengan part 2 untuk 20 cara membantu si kecil ketawa.
11. Nama indah si kecil – Duduk atau berdiri disisi bayi sama ada bayi sedang baring, meniarap atau duduk, lantas panggil nama si kecil pasti dia menoleh kepala kearah kita. Kemudian ubah kedudukan dan lakukan perkara yang sama. Si kecil yang mendengar namanya berulang kali akan ketawa kerana gembira. Suara ibu bapa adalah suara yang paling menyenangkan baginya.
12. Cermin – Letakkan cermin dalam kedudukan rendah supaya bayi dapat melihat wajahnya di dalam cermin. Sambil kita duduk bersamanya, cakap dengan bayi sambil memndang cermin. Pasti dia seronok melihat ada ‘orang lain’ seperti dirinya di dalam cermin.
13. Buat album foto – Rakam wajah orang yang paling dekat dalam kehidupan bayi melalui lensa kamera. Catak dan tampal foto pada kertas berwarna menarik. Sebut nama orang dalam foto setiap kali bayi memandangnya. Bayi akan tertawa gembira kerana dia mengenali wajah kita sejak lahir lagi termasuk ayah, kakak, abang atau pengasuhnya.
14. Permainan gendang – Kanak-kanak suka kepada permainan yang memukul. Bari permainan gendang atau bekas bulat seakan gendang yang terpakai. Si kecil akan memukul gendang yang akan menggembirakannya.
15. Kerincing adik – Aktiviti ini sesuai untuk bayi yang boleh merangkak. Semasa bayi meniarap, gerakkan kerincing (rattle) berdekatan telinga dan biarkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Lakukan berulang kali dengan pelbagai arah, si kecil akan ketawa sambil berusaha untuk mendapatkannya, termasuk cara merangkak. Boleh juga berkata seperti, “Cepat, adik tangkap ni.”
16. Bermain dengan kereta sorong bayi – Letakkan bayi di dalam kereta sorong bayi, lantas bawa si kecil menuju halaman. Kemudian tolak kereta sorong bayi dengan kadar laju dan perlahan. Tentu bayi seronok kerana dapat merasai momentum laju dan perlahan.
17. Terbang melayang – Sediakan selembar kertas atau kapas, lalu bagi ke dalam ukuran yang tidak terlampau besar namun juga tidak terlalu kecil. Letakkan kapas atau tisu tersebut di tapak tangan lalu meniupnya dari pelbagai arah. Benda yang melayang di udara merupakan hal yang aneh sekali gus lucu di mata bayi. Ia pun tertawa terbahak-bahak sambil berusaha meraih kapas yang terbang di hadapannya.
18. Tepuk tangan – Kita boleh memegang tangan si kecil sambil duduk di atas riba kita dan nyanyikan seperti, “Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, adik cepat besar, mama sayang adik,”.
19. Bermain air – Dudukkan si kecil pada besen mandi yang ada air. Sediakan permainan dan juga mangkuk plastik yang berbeza saiz. Secara perlahan, siram air di atas kepala bayi dan seluruh tubuhnya. Untuk lebih menarik, buat buih sabun.
20. Geletek bayi kita – Jika cara di atas masih tidak berjaya, cara yang mudah untuk buat bayi ketawa ialah geletek badannya. Tempat yang boleh membuatkan bayi geli ialah bahagian ketiak, pinggang dan tapak kaki. Gunalan jari dan lakukan dengan lembut. Cuba permainan seperti “cak cekur” dan “labah-labah panjat perigi” setelah habis lagu, lantas menggeleteknya.
Okay, itu saja untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi di coretan yang akan datang ye.
20 Cara Membantu Anak Anda Ketawa - Part 2 by Suha Jalil