BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

June 8, 2015 by Suha Jalil

10 Cara Hentikan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Masih menyusukan si manja? Pasti pening memikirkan cara nak pisahkan si manja dengan susu ibu.

Mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan susu ibu. Mungkin juga sebulan, enam bulan atau lebih daripada itu. Berpisah susu akan mengambil masa lebih lama jika kita melakukannya sebelum si manja bersedia.

Disini ada 10 cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu menghentikan penyusuan.

1. Jangan tawar dan jangan tolak

Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Barikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu.

2. Mengubah rutin harian

Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.

3. Pertolongan daripada ayah

Ayah perlu memainkan peranan dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemarannya, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau aktiviti yang diingininya ketika itu.

4. Alihkan perhatiannya

Kadang kala apabila si anak leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan sesi penyusuan dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan ataupun roti. Kita juga boleh membawanya ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.

5. Lengahkan sesi penyusuan

Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikannya dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.

6. Memendekkan tempoh penyusuan

Cara ini berkesan untuk anak berusia 2 tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, “Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar.” Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.

7. Memberitahu secara berhemah

Bagi yang si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jasi, tunjukkan contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.

8. Kurangkan penyusuan

Dalam sehari mula kurangkan sesi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan sacara semula jadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.

9. Adalah baik jika kita tidak menghentikan penyusuan susu secara tiba-tiba

Hal ini akan mengganggu emosi anak malah menjadikan diri kita tidak selesa. Kita juga berkemungkinan mengalami masalah payu dara bengkak. Pendek kata jagan melakukannya secara tergesa-gesa.

10. Petua-petua lama

Terdapat juga petua-petua orang lama untuk membolehkan anak bercerai susu. Apa pun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara yang digunakan boleh meninggalkan kesan yang kurang baik kepada si kecil.

Info : Jika ingin kurangkan penghasilan susu ibu, tuam payu dara menggunakan ketulan ais. Dalam masa yang sama, jangan sesekali memerah susu kerana ia akan menyebabkan susu ibu bertambah semula.

Sumber dari majalah Pa&Ma September 2012

Wasalam.

10 Cara Hentikan Penyusuan Susu Ibu by Suha Jalil

Related posts:

  1. 11 Cara Hasilkan Susu Ibu Yang Banyak. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan 11...
  2. 5 Fakta Penyusuan Semasa Hamil Yang Ibu Hamil Belum Tahu Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apa kabar ibu-ibu semua? Hari ini...
  3. 5 Tips Rangsang Banyak Susu Ibu Tanpa Apa-Apa Suplemen Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apa kabar ibu-bu semua?? Hari ini...
  4. Cara Simpan Susu Perahan Dengan Betul Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan 1...
  5. Cara Yang Betul Untuk Menggunakan Breast Pump Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sekarang nie kita tengok ramai ibu-ibu...

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Breastfeeding / Menyusukan Bayi , Intro , Tips dan Petua Anak Cemerlang Tagged With: anak menyusu badan , berhenti menyusu , cara berhenti menyusui , cara menghentikan anak susu badan , tips berhenti menyusui anak

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin
  • Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda
  • Bengkung Moden..Selesa Sangat Walaupun Pakai Seharian
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Diurut
  • 5 Sebab Kenapa Gigi Susu Perlu Dicabut

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org