Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebut saja pasal kehamilan pasti merupakan berita gembira buat anda dan pasangan.Ye lah mana yang tak suka menimang cahayamata sendiri..:)
Tapi tipulah kalau tak rasa takut atau gentar sedikit kan, dan perkara ini sebenarnya adalah normal bagi wanita di sepanjang kehamilannya.
Ketidakstabilan hormon tu yang menyebabkan wanita sering mengalami tekanan emosi atau perasaan..hehe..but don’t worry bak kata orang putih, ada b eberapa langkah yang ingin saya sharekan untuk hilangkan kerunsingan anda ini..:)
- Pernah dengar tak kelab untuk ibu hamil , kalau kat Malaysia ni mungkin kurang sikit kan. Tapi anda bolehlah bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman tentang kehamilan ni..so boleh share apa juga masalah yang mungkin anda hadapi dan bertanyakan pendapat pada mereka. Mereka lebih memahami emosi Anda.
- Pengambilan makanan yang seimbang, tidur yang cukup dan aktiviti senaman yang teratur mesti saat anda hamil. Rasanya semua tips yang diberikan mesti menitikberatkan pengambilan makanan seimbang, tidur yang cukup dan aktiviti senaman yang teratur ni kan? tapi anda tahu tak kenapa. Sebenarnya bila kita cukup penjagaan diri ini, emosi anda akan lebih terkawal.
- Buat rancangan dan pertimbangkan semua pilihan yang ada . Sepanjang kehamilan anda akan mudah mengalami stress, ye lah macam-macam nak sediakan dan nak buat. Perubahan hormon dalam badan juga kekadang akan membuat anda rasa tak selesa dan emosi anda akan jadi tak stabil. Jadi bila dan ada rancangan mudahlah anda mengawal keadaan dan sekaligus membantu anda mengurangkan perasaan negatif ini.
- Buat temujanji dengan pakar jika ianya semakin teruk
Penting untuk kita rujuk kepada yang lebih pakar, jangan segan silu berkongsi dengan pakar kehamilan anda.
Mommies….perasaan negatif dan emosi yang tidak stabil merupakan hal yang normal terjadi pada masa kehamilan. Namun jangan sampai hal tersebut berbahaya bagi anda, pasangan anda dan yang paling penting baby yang dalam kandungan anda tu ye.
Wasalam
4 Tips Singkirkan Perasaan Negatif Bila Anda Hamil by Fina Affaidi