Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya nak kongsikan 8 cara bayi anda luahkan rasa pada si ibunya.
Apa yang kita tahu bayi baru lahir cuma boleh menangis. Tidak juga. Setiap orang pasti ada keinginannya sendiri, sama juga dngan bayi. Bagi menyampaikan keinginannya, bayi mempunyai pelbagai cara. Oleh itu, cuba perhatikan pelbagai tanda dibawah ini pada bayi anda, baik ketika dia menangis ataupun tidak.
1. Mata yang menatap anda- Itu menunjukkan dia berusaha mengenali individu yang ada berhampirannya. Tataplah kembali matanya sambil tersenyum agar dia sentiasa berasa senang dengan anda.
2. Tersenyum- Jika bayi tersenyum dalam tidur, itu tanda bahawa dia merasa begitu selesa. Biarkan dia tidur dengan nyenyak.
3. Mengeluarkan bunyi melenguh- Itu menunjukkan bayi inginkan perhatian anda atau mahu bermain. Hampirinya dan tatap matanya. Ajak dia bermain.
4. Wajah seperti merengus- Kemungkinan bayi merasa tidak selesa. Periksa lampin, kedudukan tubuh atau tempat tidurnya. Lihat sama ada kemungkinan bayi tidak sihat.
5. Menangis dengan kaki bengkok- Sering kali terjadi jika ada serangan kolik. Buatlah dia berasa selesa dengan mendukungnya agar bayi tenang. Menyusu juga boleh membuatkan bayi lebih tenang.
6. Kaki menendang- Mungkin bayi merasa bosan atau tidak selesa. Boleh jadi juga kerana mahu didukung. Periksa lampin dan jika ia kering, anda boleh mendukungnya atau membawanya berjalan-jalan.
7. Mulut terbuka dan tertutup berulang kali- Bayi anda mungkin lapar. Jika bayi anda baru sahaja menyusu, mungkin dia masih mahu didakap. Dukung dan belailah bayi anda.
8. Menguap- Bayi mungkin sangat mengantuk. Dodoikan bayi sehingga dia merasa mengantuk dan tidurkannya.
Setiap bayi mempunyai gaya tersendiri. Lazimnya setelah beberapa hari bersamanya, anda akan dapat mengenali gaya khasnya. Sekarang anda boleh tersenyum lega kerana sudah lebih memahami bayi anda.
8 Cara Bayi Luahkan Rasa Yang IbuBapa Perlu Tahu by Suha Jalil