Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Benarlah orang kata yang bayi tu lahir ibarat kain putih, tak ada manual pun bagaimana cara kita nak mengasuh mereka untuk menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat nanti..hehe.
Macam serius je bunyi nye ye. Tugas mendidik ni bukan terletak pada guru sahaja, ibu bapa pun kena sama-sama memikul amanah yang diberikan oleh Allah SWT.
Dalam kebanyakkan masa kita hanya bergantung kepada perasaan kita sebagai ibu bapa atau dari pendapat mereka yang lebih dulu mempunyai anak dalam menegur dan mendidik anak kita.
Dan kadang-kadang ada juga ibu bapa yang terpaksa rujuk pada buku keibubapaan..bagaimana cara untuk mendidik mereka. Ye lah, siapa yang tak nak terbaik untuk anak mereka.
Jadi kali ini saya nak sharekan 11 tips yang boleh anda rujuk supaya kita sama-sama tak buat kesilapan semasa mendidik permata hati kita kan..
1. Jika anak anda sengaja mengganggu anda , ia adalah kerana anda tidak memberikan perhatian pada dia.
2. Jika anak anda berbohong, ini bermakna anda suka mengungkit kesilapannya sebelum ini.
3. Jika anak anda memiliki keyakinan diri yang rendah, ini disebabkan anda lebih banyak memberi nasihat daripada memberi mereka galakan.
4. Jika anak anda berasa takut dan tak berani nak pertahankan diri, ini adalah kerana anda sering memarahi mereka di khalayak ramai. Seharusnya anda tak seharusnya memarahi atau menasihati mereka di depan adik beradik, sahabat atau saudara mara mereka.
5. Jika anda dah belikan semua benda untuk anak anda, tapi mereka masih mengambil barangan orang lain. Ini adalah disebabkan anda tak pernah biarkan mereka pilih apa yang mereka nak.
6. Jika anak anda penakut, ini adalah kerana anda terlalu cepat bantu mereka jika ada halangan yang berlaku. Biar mereka cuba selesaikan dahulu.
7. Jika anda anda cemburu, sebabnya mungkin anda selalu membandingkan mereka dengan orang lain.
8. Jika anak anda selalu cepat naik angin, ini adalah kerana anda tak pernah memuji mereka. Mereka hanya dapat perhatian anda bila mereka tak berperangai elok.
9. Jika anda anda tak menghormati perasaan orang lain, ini adalah kerana anda selalu memberikan mereka arahan tanpa mengambil kira perasaan mereka.
10. Jika anak anda menjadi seorang perahsia, ini adalah kerana anda sering besar-besarkan perkara yang dia beritahu anda .
11. Jika anak anda bersikap kurang sopan ini adalah kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat, especially jika anda yang yang buat atau sikap orang yang bersama mereka.
Okay ini sekadar perkongsian saya sahaja, jika ia bermanfaat alhamdulillah tapi jika ianya tak sesuai untuk anda, anda boleh abaikan sahaja ye..:)
Wasalam
Sumber artikel : http://www.elitereaders.com/signs-of-bad-parenting/
11 Sikap Ibu bapa Mempengaruhi Sikap Anak by Fina Affaidi