BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

April 20, 2015 by Fina Affaidi

Si Kecil Anda Berbohong? 4 Tips Ibu Bapa Perlu Tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ada orang cakap budak kecil tak pandai berbohong. Apa yang dia nampak itulah yang akan dia perkatakan.

Kanak-kanak akan berbohong kerana takut untuk menghampakan ibu bapa. Contohnya ketika menyampaikan keputusan ujian mereka. Mereka berbohong bagi menyelamatkan diri.

scolding-images

Selain itu, ada juga kanak-kanak berbohong bagi mengelakkan didenda. Contohnya, anak takut untuk memberitahu pasu bunga mama telah pecah kerana terkena bola. Disebabkan takut dihukum, anak mengambil pendekatan untuk berbohong atau tidak menyatakan kebenaran tentang hal pasu tadi.

Punca utama yang menyebabkan kanak-kanak berbohong adalah apabila melihat orang rapat di sekelilingnya turut berbohong.

Ibu bapa perlu mengambil langkah awal jika mendapati anak mereka sudah mula menipu.

anak berbohong

Antara langkah untuk menghentikan tabiat berbohong anak-anak ialah:

1. Peraturan rumah – jika sebelum ini anda tidak pernah mendedahkannya tentang peraturan rumah, tibalah masa untuk anda memberitahu mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan di rumah. Nyatakan dengan jelas bahawa setiap orang di dalam rumah perlu bercakap benar.

2. Tunjuk contoh – anak-anak adalah cermin diri ibu bapa. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Misalnya, jika anda tidak dapat datang kerja, jangan gunakan alasan bohong seperti anda demam di hadapan anak-anak anda. Ingat! Tiada istilah tipu sunat di mata kanak-kanak.

3. Beri amaran – jika anda mendapati anak anda berbohong, jangan terus menghukumnya sebaliknya berikan dahulu amaran awal kepadanya. Contohnya, “Papa bagi peluang sekali lagi untuk kakak beritahu hal sebenar. Jika Papa tahu kakak menipu, kakak akan terima hukuman.”

4. Galakan – setelah mendapatkan penjelasan daripada anak anda, cubalah memujuknya dengan mengungkapkan kata-kata pujian seperti, “Papa tahu pasti sukar untuk kakak mengaku pecahkan cawan, tapi papa lebih suka jika kakak berterus-terang.”

Wasalam.

Si Kecil Anda Berbohong? 4 Tips Ibu Bapa Perlu Tahu. by Fina Affaidi

Related posts:

  1. 8 Ciri-ciri Anak Stress. Ibu Bapa Wajib Tahu! Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam...
  2. 4 Tips Hindari Anak Takut Tidur Sendiri.Ibu Bapa Harus Baca Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Normal lah kan kalau budak kecil...
  3. 12 Tips Agar Disayangi Suami. Isteri Perlu Tahu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hai semua isteri-isteri di luar sana....
  4. 12 Tips Si Ayah Boleh Amalkan Bersama Si Manja Yang Harus Anda Tahu Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Tugas menjaga anak bukanlah kepada si...

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Intro , Tips dan Petua Anak Cemerlang , Tips Percuma Untuk Ibu Tagged With: anak berbohong , cara menangani anak suka berbohong , cara mengatasi anak berbohong , kenapa anak suka berbohong , mengatasi anak suka menipu

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • Bengkung Moden Boleh Di Pakai 24 Jam
  • 3 Kesan Stress Pada Bayi Dalam Kandungan
  • 5 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil
  • Petua Merawat Demam Dan Selsema Secara Semulajadi Tanpa Ubat
  • Bengkung Tak Berlipat Apabila Di Pakai..Bengkung Moden

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org