Pernahkah anda cuci diapers / lampin bayi anda?
Hello pembaca blog bengkung moden
Hari ini saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda basuh lampin bayi anda? Maksud saya lampin pakai buang tu ye (yang brand pampers, diapers, mami poko dan lain-lain jenama lagi tu…), bukan lampin cloth diapers - yang semestinya kena basuh setiap kali guna.
Jika diperhatikan, setiap kali bertandang kerumah mereka yang ada baby kecil saya perasan kalau baby mereka dipakaikan lampin jenis pakai buang , selalunya setiap kali selepas digunakan lampin hanya akan digulung dan dimasukkan kedalam bekas atau tong sampah tanpa dibuang dahulu isi didalamnya.
Jika anda juga melakukan sebegini, nasihat saya sebaiknya anda tukar tabiat anda. Buang dulu isi lampin tu dan jika lampin ditukar kerana bayi anda buang air besar, sebaiknya anda cuci sehingga hilang kesan “buangan” bayi anda itu. Tujuannya sudah tentu untuk kebersihan selain dari mengelak dari bilik mandi dan rumah anda berbau busuk. Dan kebersihan ini bukan setakat dirumah sahaja… tapi juga ditempat anda membuang sampah. Bayangkan jika plastik sampah anda dikoyakkan oleh kucing dan anjing, bukan setakat sampah saja yang berterabur tapi silap hari bulan isi pampers tu sekali. Anda bayangkan lah sendiri bagaimana. Itu belum dikira bab kesihatan lagi. Hmmm… kalau taik bersepah merata-rata penyakit pun senang je nak datang sekali.
Jadi pesanan saya untuk hari ini - cuci lah lampin bayi anda walaupun ia lampin pakai buang . Ini merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menjaga kebersihan di persekitaran rumah kita. Juga, jika anda punya anak yang lebih dewasa, ini juga merupakan antara contoh yang baik yang anda boleh tunjukkan pada mereka.
Kak Faz
p/s : Sebenarnya kalau ikut cara kakak ipar saya dikampung lagi real lah. Siap letak sabun, berus dan bilas lampin tu terutama lampin yang dah terkena ‘ek-ek’ baby sebelum dibakar atau dibuang
Related posts:
- Masalah ruam lampin - penjagaan dan pencegahan Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi untuk isu ruam lampin...
- Masalah ruam pada bayi - apakah penyebabnya…? Assalamualaikum, Beberapa hari lepas saya menerima sms dari seorang pelanggan...
- Tidur bersama bayi anda… adakah ia bagus? Assalamaualaikum, Hu..hu… tak ter-update lagi blog ni. Rasa macam tengah...
- Merawat bayi jaundis / jaundice Salam ceria semua Bertemu lagi kita di posting kali ini....
- Kuasa sentuhan kepada bayi Assalamualaikum, Hari ni saya nak berkongsi dengan anda kebaikan sentuhan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .