Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning Diawal Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Para ibu mesti risaukan kalau bayi yang bakal lahir terkena sakit kuning?  Tapi tahu tak sebenarnya kita boleh elak dari bayi yang bakal lahir terkena penyakit ini sejak dari awal kehamilan lagi??

Ya!  Betul..  Sebaiknya kita sebagai ibu yang bakal melahirkan anak perlu ambil tahu apakah tips untuk elakkan dari bayi kita terkena sakit kuning.  Sering kali kita lihat anak-anak kawan atau saudara-mara kita yang bayinya terkena sakit kuning yang teruk sampai tak boleh keluar dari hospital lagi.  Kesian sangatkan dengan bayi tu??

Jadi lebih baik kita mencegah dari merawat betul tak?  Jom tengok apakah tipsnya :

1. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari .

Buah tin terkenal sebagai buah dengan kandungan nutrisi cukup lengkap baik nutrisi dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang menjadi alasan para ahli memposisikan buah tin sebagai buah super nutrition!

Fig Dried

2. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari .

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan pelbagai jenis penyakit!

Benefits-of-Pomegranate-Juice_zpsd4a76d21

3. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

Kurma merupakan sumber beragam vitamin dan mineral. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemukan pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K.

102300ui5itihkvh225tx2

4. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas .

Olive Oil atau biasa disebut dengan minyak zaitun merupakan minyak yang terkandung di dalam buah zaitun. Minyak ini merupakan kategori minyak sihat banyak mengandung lemak tak jenuh. Selain minyaknya yang boleh diambil, buah zaitun juga dapat diambil terus tanpa diolah terlebih dahulu. Banyak sekali manfaat minyak zaitun, mulai dari bahan kosmetik, perawatan rambut, hingga menjadi ubat untuk berbagai macam penyakit.

Khasiat-Minyak-Zaitun-women-online-magazine

Jadi diharapkan para ibu yang sedang hamil bolehlah cuba tips yang diberi untuk bayi anda yang bakal dilahirkan. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua 🙂 .

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *