Tag Archives: set bersalin

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin..?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips dan cara kuruskan badan dengan cepat terutama selepas bersalin.

Tips berikut boleh anda amalkan sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin.

1.  Disiplin pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

Maksud disiplin disini ialah memakai bengkung siang dan malam, 24 jam sehari. Sebenarnya ini adalah rahsia mengapa ibu-ibu Melayu ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kempiskan perut mereka sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Memakai bengkung tidak terhad kepada mereka yang bersalin normal sahaja tetapi juga kepada ibu-ibu yang bersalin pembedahan.

2. Disiplin berpantang

Berpantang adalah meletakkan had kepada jenis makanan yang diambil sewaktu dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Makanan yang mesti dielakkan adalah makanan dan masakan yang pedas termasuk yang mengandungi cili, makanan dan sayuran berangin seperti kangkung, kacang panjang dan juga minuman berais dan bergas.

3.  Disiplin bertungku

Bertungku memainkan peranan dalam membantu memanaskan badan terutama di bahagian pinggul, kaki, dan di bahagian pelipat seperti belakang lutut. Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah selepas mandi diwaktu pagi dan juga di malam hari. Tapi lebih kerap anda bertungku adalah lebih baik. Tidak dinafikan cuaca di negara kita adakalanya mengalami panas yang melampau. Tapi ini tidak bererti anda boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak bertungku. Malahan bertungku dapat membantu mengeluarkan peluh dan ini secara langsung membuang toksid dari badan anda. Kan senang tu, tak payah fikir nak jogging lagi…

4. Disiplin ambil set bersalin

Sebaiknya ikut betul-betul aturan pengambilan set bersalin. Bersalin cesarean juga sebenarnya bukan alasan untuk tidak makan set bersalin dan herba sewaktu dalam tempoh berpantang. Malahan pengambilan set bersalin amat membantu anda untuk kembali langsing & kurus dengan lebih cepat.

Harap tips di atas membantu anda.

Selamat menjalani tempoh berpantang :)

Kak Fazidah

150-x-60-bengkung

Tips memilih set bersalin – yang mana satu ye?

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya kepada saya set bersalin manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin?

Bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil, boleh keliru juga nak pikir set bersalin mana satu yang nak dipilih? Lagi bertambah pening bila macam-macam pendapat yang diberikan oleh orang-orang sekeliling dan yang dibaca di internet. Tapi apa-apa pun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada individu juga. Sebab itu lah ada macam-macam set bersalin di pasaran pada masa kini.

Jika anda juga masih keliru, cuba pertimbangkan faktor berikut sewaktu membuat pilihan untuk set bersalin :

  1. Berapa bajet anda untuk set bersalin saja ? Ini perlu dipertimbangkan kerana banyak lagi barang lain yang perlu anda siapkan untuk menyambut kelahirang orang baru.
  2. Adakah anda jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya? – Ada orang tak kisah untuk makan dan minum ubat yang pahit banyak kali. Ada orang pula (contohnya saya sendiri) sekali dua kali boleh la… Kalau sehari 5 kali, alamaaakk tak boleh la… Tak tertelan dek tekak ni. Jika anda juga seperti saya, anda perlu fikirkan set bersalin alternatif yang tidak pahit dan mudah untuk anda ambil sewakt didalam tempoh berpantang.
  3. Situasi dan keadaan anda – maksud saya, adakah anda perlu berpantang sendiri, tak ada sesiapa melainkan anda, suami yang hanya cuti seminggu atau beberapa hari saja, anak-anak dan bayi yang baru berumur beberapa hari yang perlu anda jaga? Jika anda berada di situasi ini, saya cadangkan anda mempertimbangkan untuk mencari alternatif untuk set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu anda cergas dan kuat selepas bersalin. Tetapi jika anda ada pembantu rumah, ibu, mertua dan saudara mara yang datang menolong, biasanya tiada masalah untuk anda mendapatkan set bersalin yang memerlukan anda rebus, minum, rebus lagi… dan minum berulang kali atau jamu yang memerlukan anda ambil beberapa kali sehari.
  4. Alahan dan alergi kepada ubat - bagi sesetengan individu ada yang tidak boleh ambil jamu yang kuat dan panas. Kesan nya mereka akan rasa gatal dan keluar ruam diseluruh badan. Jika anda tergolong diantara individu seperti ini, sebaiknya anda cuba elakkan jamu tetapi dapatkan set bersalin alternatif seperti set homeopati.
  5. Berapa lama anda perlu tinggal di hospital? Jika sekiranya selepas bersalin anda perlu tinggal lebih lama di hospital disebabkan oleh keadaan tertentu contohnya bayi perlu ditahan disebabkan oleh masalah dan komplikasi sewaktu bersalin, ini bermakna anda perlu mendapatkan set bersalin yang mudah untuk diambil. Ini sebenarnya terjadi kepada diri saya sendiri sewaktu melahirkan anak pertama. Oleh kerana melalui tempoh bersalin yang lama, bayi saya perlu ditahan di wad selama seminggu. Sebagai seorang ibu tak sampai hati pula rasanya nak balik ke rumah dan tinggalkan anak dihospital. Pada waktu itu saya bersyukur kerana telah memilih set bersalin homeopathy yang mudah untuk diambil, hanya perlu masukkan ke dalam mulut dan kemam saja. Kalau tak ada air pun saya masih boleh ambil set bersalin ini tanpa masalah. Bagi mereka yang berada dalam situasi ini,  ingin saya ingatkan bahawa jika anda perlu tinggal lama dihospital itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil set bersalin seperti biasa. Pengambilan set bersalin sewaktu tempoh berpantang sangat penting untuk membantu anda agar kembali sihat dan kuat – tidak kiralah sama ada anda bersalin normal atau secara pembedahan. Yang penting adalah cuba dapatkan alternatif dan bertukar kepada set bersalin lain jika situasi dan keadaan anda ketika itu tidak mengizinkan anda untuk mengambil ubat atau akar kayu  yang memerlukan ia direbus sebelum boleh diminum.

Diharap tips diatas membantu anda. Jika ada diantara anda yang nak tambah dan berkongsi tips bagi memilih set bersalin yang sesuai, sila letak dibahagian komen ye :)

Kak Faz

Pengambilan ubat bersalin selepas bersalin caeserean

Apa khabar semua :)

Semalam saya menerima email dari salah seorang pelanggan saya yang bertanyakan beberapa soalan termasuklah soalan bilakah ubat bersalin boleh diambil selepas bersalin caeserean.  Diharap apa yang saya kongsikan bersama pelanggan saya Siti Munipah (Siti tinggal di Tawau, Sabah) memberi manfaat buat anda juga.

Salam…memang selesa la pakai bengkung akak…macam berkeyakinan sikit nak menjalani proses pantang…rasa dah tak ada kekurangannya dah..

kak, tanya lagi…

1) Tempat luka ceaser tu berapa lama baru boleh kena air betul-betul…maksud saya…boleh mandi macam biasa…

Kak Faz : Kalau ikut akak, lepas balik rumah akak dah mandi sebab bila akak tanya doktor dia cakap dah boleh kena air tempat luka tu. Tapi pastikan tempat luka dikeringkan dengan hair dryer setiap kali lepas mandi, kemudian sapukan ubat luka.

Tips : Sebelum discharge dari hospital, sebaik-baiknya tanya doktor dulu sama ada sudah boleh mandi atau belum. Jika tidak boleh, tanyakan bilakah tempoh paling cepat boleh mandi.

2)Dulu saya ada beli set bersalin XXXXX, tapi sampai sekarang tak makan lagi takut terlampau panas dantakut terbuka pulak jahitan sebab dah ada kes, dia ambik set bersalin XXXXX  masa pantang…berdarah balik tempat jahit sampai di hantar balik ke hospital. Jadi nak tanya agaknya bila saya boleh mula makan? Kalau ikut mak tu, dia kata nantilah 2 bulan, tunggu elok tempat berjahit.

Kak Faz : Kalau ikut akak, 2 hari lepas bersalin dah makan ubat bersalin dah. Tapi akak makan set bersalin homeopati sebab tak panas. Tapi sebenarnya penting makan ubat bersalin supaya cepat sembuh walaupun caeserean. Ini adalah antara salah faham yang banyak orang buat. Sebab caeserean, tak makan ubat bersalin. Siti boleh refer kat blog akak untuk tips yg lebih banyak.

Tentang luka jahitan yg terbuka, akak rasa ini lebih kepada sama ada :

i. Perut dia berlipat & menggelebeh ke bawah sehingga menutup tempat luka. Jika ini berlaku, sudah tentu tempat luka akan basah bila berpeluh dan boleh menyebabkan jangkitan kuman & bernanah. Sebab itu penting memakai Bengkung Moden selepas bersalin caeserean supaya kulit perut yg menggelebeh boleh ditampung oleh Bengkung Moden dan perut tidak menutup tempat luka.

ii. Luka jahitan tidak dikeringkan dan tidak dipastikan benar-benar kering setiap kali selepas mandi. Ini juga boleh sebabkan luka terkena jangkitan.

iii. Faktor pemakanan, incase kalau dia ada ambik makanan yg boleh menyebabkan kegatalan ditempat luka. Tapi kalau dia jenis yang berpantang dan menjauhi makanan yang bisa, faktor ini boleh diabaikan.

3) Sekarang saya ada juga makan jamu-jamu kampung…mula makan hari ke 8 selepas bersalin…ramuanya kunyit hidup rasanya… tak apa ke?

Kak Faz : Jika ia membantu Siti untuk sembuh dengan lebih cepat dan tidak memudaratkan baby (jika Siti breastfeed), insya allah tak ada masalah.

Harap akak dapat membantu setakat akak tahu. Maklumlah tak ada pengalaman…mak pun tak ada pengalaman juga…

Kak Faz : Harap diatas membantu Siti ye :)

Kak Faz