Monthly Archives: April 2013

Berat badan naik semula selepas 8 bulan bersalin

Assalamualaikum & slama sejahtera,

Soalan dibawah diterima dari pelanggan bengkung moden melalui private message di page Bengkung Moden di Facebook :

• Adilah I_ _ _ h _ _ _ _

Assalam kak..

Saya salah seorang pengguna bengkung moden ..lepas 2 minggu bersalin czer, saya terus pakai bengkung moden ni..sambik berbengkung, saya juga bertungku ..

Alhamdulillah, masa pergi post natal checkup , doctor terkejut tengok perut saya n buat thumbs up..

Kini baby saya dah 8 bulan, dan saya mula gain weight..saya stop pakai bengkung dan hanya pakai corset..

Sekarang ni perut macam dah nak kembali buncit .. makin stress jadi nya. Memang kebelakangan ni, saya suka makan dan banyak makan ..mungkin itulah penyumbang utama..
sekadar berkongsi ya..

dilema wanita

• BengkungModen.com

Waalaikummussalam puan,

Terima kasih atas feedback puan.

Alahai.. kenapa lah makan banyak..? Adakah puan stress..? Jika ye meh sini jumpa akak, akak tolong buang stress tu (akak serius ni…)

Salah satu cara nak control makan adalah dengan memakai bengkung. Bila puan rasa macam cepat je rasa lapar, dan asik makan je, pakai semula bengkung moden sebagai pencegahan agar tabiat asik makan tu tidak berterusan.

Lagipun bila pakai bengkung puan akan cepat kenyang bila makan. Jadi kuantiti makanan yang diambil akan berkurangan…

Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi soalan berikut yang ditanyakan oleh seorang suami melalui private message di page bengkung moden di Facebook :

Salam puan, saya nak tanya beberapa soalan.  Saya harap puan sudi menjawab soalan-soalan saya.

1. Isteri saya sudah sebulan melahirkan anak sulung kami secara ceasarean dan dia tak pernah pakai bengkung sejak selepas bersalin , adakah terlalu lambat jika isteri saya nak mula pakai bengkung sekarang?

2. Semalam saya check luka isteri saya ada cecair kuning cair keluar dari hujung kiri dan kanan tempat jahitan. Semasa awal lepas bersalin saya ada applykan gel solcoceryl pada bahagian luka jahitan untuk membantu mempercepatkan penyembuhan, dan alhamdulillah, sebelum ini  tak ada sebarang masalah dan luka isteri saya juga kering dan baik.  Tetapi, pada minggu ke tiga saya sudah tidak applykan lagi gel d kawasan luka.  Adakah itu penyebab keluarnya cairan kuning di tempat jahitan isteri? Isteri juga mengadu pedih d kawasan hujung kiri tmpt jahitan sejak dua hari lepas.  Atau adakah faktor pemakanan yang menjadi penyebab?

JAWAPAN :

Waalaikummussalam Encik,

Terima kasih atas soalan. Tumpang bangga dengan suami yang prihatin dengan isteri yang masih dalam pantang lepas bersalin macam encik.

Jawapan kepada soalan :
1. Masih belum terlambat dan masih boleh pakai bengkung moden. Cuma sebaiknya teruskan pakai walaupun lepas dah habis pantang agar isteri encik betul-betul dapat kempiskan perut .

2. Biasanya kulit di bahagian hujung kiri dan kanan luka dijahit lebih tebal dan ini menyebabkan agak mudah berlaku minor infection. Juga, bahagian hujung tu adalah tempat di mana doktor letakkan cangkuk untuk pastikan perut dan rahim terbuka semasa baby dikeluarkan. Jangkitan dibahagian hujung luka memang mudah berlaku kepada ibu-ibu yang bersalin cesarean.

Cara paling mudah untuk merawat jangkitan ini adalah dengan menyapu ubat pusat bayi (spirit) untuk keringkan luka dibahagian yang terkena jangkitan setiap kali selepas mandi. Insya allah bahagian yang terkena jangkitan biasanya akan beransur kering selepas beberapa hari.

Harap jawapan di atas membantu ye :)

Harap soalan dan jawapan diatas juga membantu pelawat blog bengkung moden ini

Wasalam

Kak Fazidah

bengkung moden

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin..?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips dan cara kuruskan badan dengan cepat terutama selepas bersalin.

Tips berikut boleh anda amalkan sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin.

1.  Disiplin pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

Maksud disiplin disini ialah memakai bengkung siang dan malam, 24 jam sehari. Sebenarnya ini adalah rahsia mengapa ibu-ibu Melayu ramai yang berjaya turunkan berat badan dan kempiskan perut mereka sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Memakai bengkung tidak terhad kepada mereka yang bersalin normal sahaja tetapi juga kepada ibu-ibu yang bersalin pembedahan.

2. Disiplin berpantang

Berpantang adalah meletakkan had kepada jenis makanan yang diambil sewaktu dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Makanan yang mesti dielakkan adalah makanan dan masakan yang pedas termasuk yang mengandungi cili, makanan dan sayuran berangin seperti kangkung, kacang panjang dan juga minuman berais dan bergas.

3.  Disiplin bertungku

Bertungku memainkan peranan dalam membantu memanaskan badan terutama di bahagian pinggul, kaki, dan di bahagian pelipat seperti belakang lutut. Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah selepas mandi diwaktu pagi dan juga di malam hari. Tapi lebih kerap anda bertungku adalah lebih baik. Tidak dinafikan cuaca di negara kita adakalanya mengalami panas yang melampau. Tapi ini tidak bererti anda boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak bertungku. Malahan bertungku dapat membantu mengeluarkan peluh dan ini secara langsung membuang toksid dari badan anda. Kan senang tu, tak payah fikir nak jogging lagi…

4. Disiplin ambil set bersalin

Sebaiknya ikut betul-betul aturan pengambilan set bersalin. Bersalin cesarean juga sebenarnya bukan alasan untuk tidak makan set bersalin dan herba sewaktu dalam tempoh berpantang. Malahan pengambilan set bersalin amat membantu anda untuk kembali langsing & kurus dengan lebih cepat.

Harap tips di atas membantu anda.

Selamat menjalani tempoh berpantang :)

Kak Fazidah

150-x-60-bengkung