Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni terkini dari Pelanggan Bengkung Moden (dari Page di Facebook)

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi testimoni terkini yang saya terima pada 7 Dec 2012 di page bengkung moden di facebook dari pelanggan kami Puan HaSha MaChito.

Hasha-Machito

Salam akak… Saya dengan senang hatinya nak share pengalaman saya memakai bengkung moden yang dibeli dari akak…

Semasa dimaklumkan oleh doktor yang saya perlu dibedah , saya rasa tertekan sangat sebab memikirkan leceh nak jaga luka jahitan dan masalah berat badan. Memang sedih sangat. Lalu saya google dan terjumpa blog akak. Saya minta suami belikan tetapi suami kata MAHAL sangat dan dia janji nak carikan yang lebih murah. Tetapi akhirnya suami membelikan saya bengkung biasa (loop) kain belacu yang tak sesuai dipakai oleh ibu yang bersalin czer.

Dalam masa 2 minggu saya bersalin tanpa memakai bengkung, luka jahitan saya bernanah dan saya terpaksa berulang ke hospital untuk cuci luka/ dressing dan makan antibiotik 2x sehari selama seminggu. Saya tanya kepada doktor, kenapa saya dijangkiti kuman sedangkan saya betul2 menjaga pemakanan saya. Doktor kata, ia disebabkan perut saya yang menggeleber dan menutup luka jahitan menyebabkan luka berpeluh dan akhirnya terkena jangkitan.

Selepas itu, saya study semula semua nasihat akak dalam blog tu termasuklah mengeringkan luka dengan hair dryer dan saya sendiri terus order bengkung dari akak. Alhamdulillah…. Terima kasih sangat-sangat akak… Bila pakai bengkung tu, perut tak menggeleber lagi, tak panas dan tak berpeluh. Nak berdiri tegak pun memang selesa sangat, tak perlu nak tampung perut bila nak berjalan. Setiap hari saya cuci luka jahitan dan keringkan dengan hair dryer, hasilnya memang memuaskan dan luka cepat kering dan sembuh.

Untuk pengetahuan akak, saya baru start keja Rabu lepas (5/12/2012) dan semua kawan2 menegur perbezaan badan saya yang ‘lebih slim’ kata mereka. hehehe! Sampai kawan2 sekerja yang lelaki pun usik saya ‘anak dara’… Saya tak menyesal membeli bengkung dari akak sebab sampai hari ini pun ia masih berbakti kepada saya dan sangat selesa. Saya bersyukur sangat jumpa blog akak kerana ia menghapuskan persepsi saya yang ibu bersalin czer akan kekal gemuk dengan perut menggeleber walaupun selepas pantang . Kini tidak lagi… Saya akan promote kepada kawan2 yang senasib untuk membantu mereka pula, insya Allah…

Terima kasih Allah.. Thanks akak…!

Terima kasih kepada Puan HaSha MaChito atas testimoni beliau.

Kak Fazidah

bengkung moden

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>