20 Jenis Makanan Yang Ibu Hamil Patut Elak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila sebut pasal makanan pasti banyak yang terlintas di fikiran kita kan. Tapi hati-hati bila pilih makanan, sebab ada beberapa makanan yang boleh membahayakan kandugan anda dan boleh menyebabkan keguguran..fuhh bahaya tu.

Jadi hari ini saya nak share beberapa jenis makanan yang perlu anda kurangkan pengambilannya atau lebih mudah elakkan pengambilan especially pada awal kehamilan.

bengkung 3 & 4 panel

1.  Daging Mentah

Daging mentah merupakan makanan yang berbahaya yang harus dielakkan semasa hamil kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Listeria. Jika anda hamil sebaiknya tak perlulah makan daging yang tak berapa masak, lebih baik makan yang betul-betul masak ok?

Beef steak on cutting board. Selective focus

2.  Sushi

Ya Sushi, jika anda gemar makan Sushi terutama yang mrnggunakan ikan mentah, elakkan dari memakannya kerna di khuatiri ikan tersebut mungkin mengandungi merkuri.  Ikan yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan masalah kelembapan janin dan kerosakan pada otak bayi.

sushi

3. Seafood Yang Dibakar Atau Disalai

Seafood yang dibakar mungkin dijangkiti dengan bakteria Listeria.  Sebaiknya ibu hamil jangan makan seafood yang dibakar sebaiknya masak dengan sempurna.

friday-station-3_C

4.  Ketam

Menurut kajian perubatan Oriental, ketam mempunyai kesan pada tumor sehingga berisiko tinggi dan boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang.

R31-Fried-Crab-1

5.  Ikan Yang Tercemar

Hati-hati bila nak makan ikan, kena pastikan ikan tersebut tidak dicemari  sebab ia boleh menyebabkan anda keguguran. Seeloknya kena pastikan dulu ikan tu memang segar.

DSC00892

6.  Kerang Mentah

Macam daging mentah tadi, seeloknya ibu yang hamil ni makan makanan yang telah di masak dengan sempurna..yang belum masak atau separuh masak ni elakkan buat sementara waktu..

image

7.  Telur Mentah

Telur mentah memang makanan sihat untuk ibu hamil, tapi bukan telur mentah.  Ia berkemungkinan terdedah kepada Samonella.  Mayonis, ais krim buatan sendiri atau custard, dan sos yang biasanya ada bahan dengan telur mentah juga perlu berhati-hati.

untitled

8.  Keju Lembut

Keju lembut import terutamanya mungkin mengandungi bakteria Listeria yang membahayakan kandugan.

cream-cheese-eliquid

9.  Sayuran Mesti Dicuci

Sayuran mesti dicuci untuk elakkan pencemaran toksoplasmosis yang mencemar tanah dimana sayur itu ditanam.

tip1041_1041Plysimo_0

10.  Nanas

Nanas mengandungi bromelain dengan kesan melembutkan rahim dan menyebabkan keguguran pada tempoh tiga bulan diawal kehamilan. Jika anda katakan anda makan tidak jadi apa-apa itu mungkin anda tapi pada orang lain mungkin ketahanan pada orang berbeza.

Pineapple-Fruit-+-Juice

11.  Betik Muda

Betik muda atau betik hijau adalah makanan yang berbahaya untuk ibu hamil.  Betik muda mengandungi enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membahayakan kandungan.

pokok betik

12.  Kentang Yang Tumbuh Tunas Hijau

Kentang yang sudah tumbuh tunas bukan sahaja bahaya pada ibu hamil ye.

3458045514_279bb39394

13.  Epal Liar

Epal liar biasanye digunakan untuk dibuat makanan ringan seperti asam.  Menurut kajian epal liar membahayakan kandungan seperti bayi pra-matang.

DSC05879

14.  Buah Pic

Buah-buahan sememangnya penting untuk ibu hamil tapi buah Pic boleh menyebabkan pendarahan. Jika anda katakana anda tidak ada apa-apa makan buah ini ketika hamil, itu bergantung pada tahap ketahanan seseorang ibu hamil.  Jadi perlu berhati-hati.

peaches

15.  Ikan Dalam Tin

Ikan dalm tin harus dihindari kerana dikhuatiri tercemar dan mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan ibu hamil.

ikan dalam tin

16.  Jus Dalam Tin

Pastikan anda menyemak label jus dalam tin samaada ianya sudah dipasteur atau tidak kerana bimbang akan bakteri E-coli.  Sebaiknya anda buat saja jus buah sendiri dirumah ok?

Fruit_Juice_Drink_with_Fruit_Pieces_CAN_

17.  Pengambilan Vitamin C Berlebihan

Vitamin C merupakan makanan perancang keluarga secara semulajadi. Jika anda ambil secara berlebihan akan membahayakan kandungan anda.

SDN-45058-0

18.  Biji Bijan Dan Madu

Jangan salah faham ye. Benar madu adalah makanan sunah dan baik untuk ibu hamil. Disini saya nyatakan adalah makan bijan BERSAMA madu.  Tapi ibu hamil digalakkan makan bijan hitam seminggu sebelum bersalin untuk anda mudah tahu tanda untuk bersalin.

Sesame-seeds-With-Water-And-Honey

19.  Lidah Buaya

Lidah buaya boleh menyebabkan pendarahan jika DIMAKAN.  Tapi masih selamat untuk digunakan sebagai sapuan luaran.

aloe-vera-new1

20.  Hati Ayam Dan Lembu

Makanan ini tidak baik untuk anda kerana dikhuatiri terkena jangkitan dan beracun, jadi berhati-hati.  Jika anda katakana makan makanan ini  untuk tambah darah, anda seharusnya mencari makanan lain yang lebih baik untuk kandungan anda.  Kita sendiri sudah tahu makanan organ dalaman ini adalah tidak baik jadi tak kan kita nak makan untuk bayi yang masih dalam kandungan kan 🙂

RSCN4457

Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye..nanti kita jumpa lagi.

Wsalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *