Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bila kita dengar tentang kawan-kawan yang baru melahirkan anak, pasti berita ini akan membuatkan kita rasa teruja pergi melawat kan.
Tapi anda tahu tak bagi pasangan yang baru menjadi ibubapa ini, mereka akan mudah rasa letih. Memanglah dorang gembira, terharu dan bangga dan nak share kan perasaan itu dengan anda . Tetapi kebanyakannya akan cepat rasa letih lepas melalui proses kelahiran.
Jadi jom kita tengok beberapa perkara yang mereka tak mahu anda lakukan ketika melawat bayi mereka yang baru lahir (tetapi mungkin tidak akan beritahu anda kerana takut perasaan anda akan tersinggung ):
1. Elak dari merokok sebelum datang melawat
Sesetengah hospital akan meminta tetamu yang merokok untuk memakai gaun hospital atas pakaian mereka sebelum dukung bayi. Bukan apa ini disebabkan oleh baki asap rokok masih wujud pada pakaian , rambut dan nafas anda, ianya tidak baik untuk kesihatan. Ketika melawat bayi yang baru lahir , pastikan anda memakai pakaian bersih dan kalau boleh elakkan merokok sebelum masuk jumpe bayi baru ni ye.
2. Elak minum minuman panas masa dukung bayi
Tidak ada yang lebih menakutkan daripada membayangkan anda sedang menghirup teh panas sambil mendukung bayi. Malang kan tak berbau, bahaya jika air teh tiba-tiba terjatuh dan tersimbah pula pada bayi yang anda sedang dukung.
3. Andaian ibubapa yang dah ada anak untuk bawa anak mereka sekali ketika melawat
Seorang ibu yang baru melahirkan akan merasakan yang dia sedang melalui dunia yang baru baginya dan setiap saat mestilah mereka nak luangkan lebih banyak masa dengan bayi baru ni kan. Tidak kira lah jika anak anda berkelakuan baik tapi lebih baik jika anda tak bawa anak anda dulu masa melawat bayi baru ni ye.
4. Datang lewat
Macam yang ada tahu, ibubapa baru ini letih. Ye lah, masa tidur yang berubah, jaga bayi dan macam-macam lagi, jadi jika anda nak lawat bayi jangan lah datang lewat daripada masa yang dijanjikan. Kesian ‘new parents’ ni tunggu anda, jika ada datang lewat sekalipun bagitau lah mereka ye tak lah dorang tertunggu-tunggu kehadiran anda.
5 : Basuh tangan sebelum pegang baby
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi mungkin ada kuman yang anda tak nampak. Ingat balik apa yang anda dah sentuh sejak kali terakhir anda membasuh tangan dan kemudian bayangkan jika kuman-kuman ini akan berpindah kepada bayi yang anda akan lawat. Bayi baru ni masih belum mempunyai sistem imun yang kuat lagi, jadi potensi mereka dijangkiti amatlah tinggi.
6 : Kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir perlukan tidur sebanyak 18 jam sehari, dan masa tidur ini adalah benar-benar penting untuk perkembangan mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa mungkin baru menghabiskan satu jam atau dua menenangkan bayi mereka menangis dan akhirnya bayi mereka tidur. Jadi janganlah kejutkan bayi yang sedang tidur masa anda melawat mereka nanti ye.
7 :Lawat bayi ketika anda tak sihat
Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada sakit, tetapi anda boleh membatalkan niat anda untuk melewat bayi baru. Macam yang saya bagitahu tadi lah, bayi yang baru lahir ni masih terlalu awal untuk melawan sebarang virus yang menyerangnya.
8 : Mendesak untuk dukung bayi
Yang ni mungkin agak pelik, tapi kalau boleh janganlah desak nak dukung bayi. Mungkin pada pendapat anda, anda nak ringankan tugas si ibu dengan membantunya dukung bayi tu kejap tapi mungkin juga ibu tersebut sedang tunggu untuk susukan bayi dia ke? atau dia pun baru mendukungnya selepas tetamu sebelum ni balik.
9 : Tetap dukung bayi walaupun bayi dah menjerit menangis
Apabila bayi menangis, sudah tiba masanya untuk menyerahkan mereka kembali kepada ibu bapa mereka . Bayi itu mungkin lapar atau rindukan bau ibu mereka, ye lah kan bayi lagi yang mereka kenal pun cuma bau ibu bapa mereka. Jadi kalau bayi tu dah start nak menangis berikan lah kepada ibubapa mereka semula, jangan lengahkan lagi sehingga bayi tu menjerit menangis
10 : Meninggalkan sisa kotoran
Bila anda nak balik lepas melawat baby baru tu, kalau boleh bantulah kemaskan balik sisa kotoran yang mungkin anda tinggalkan contohnya cawan atau gelas yang kotor letak dalam sinki atau kertas pembalut makanan atau gula-gula buanglah di tempat yang sepatutnya ye..
11 : Menatap semasa ibu sedang menyusukan bayi
Penyusuan adalah rumit , terutama pada mulanya. Ibu baru dan bayi baru kedua-dua pembelajaran kemahiran baru, dan mungkin akan kelihatan kekok sedikit walaupun pun bukan semua mengalami masalah yang sama. Tetapi beberapa ibu-ibu baru ini akan merasa tertekan apabila orang lain yang hadir . Kalau lah ternampak pun jangalah dok pandang je ye..alihkan lah pandangan anda agar si ibu selesa untuk menyusukan bayi mereka yang sedang lapar.
12 : Mengabaikan waktu bayi nak makan
Jika anda tidak mempunyai anak lagi, anda boleh dimaafkan kerana tidak mengetahui isyarat makan yang ditunjukkan oleh bayi yang baru lahir . Bayi menangis apabila mereka lapar , tetapi ia bukan perkara pertama yang mereka akan lakukan, biasanya mereka akan menangis bila si ibu lewat memberikan mereka susu. Pada mulanya , bayi mula untuk mencari puting , meletakkan jari mereka di dalam mulut mereka, dan menjadi resah. Tingkah laku ini adalah petunjuk pertama bahawa bayi lapar , apabila bayi mula menangis dan kecewa. Jika anda mengesan sebarang isyarat macam ni, cepat-cepat lah bagi pada ibu ye.
13: Memberikan nasihat yang tidak diminta
Jika ibu bapa baru ini meminta nasihat , hebat , takda masalah jika nak bagi pun tapi kalau tak diminta sebab kadang-kadang mungkin mereka akan jadi rimas bila dengar banyak sangat nasihat. Tentunya sebelum ini mereka dah dengar dari ibu mereka, ibu mertua mereka atau ahli keluarga yang lain..hehehe..tapi kalau pasangan ni minta nasihat bolehlah anda berikan ye.
14: Masa melawat yang lama
Sebagai peraturan umum, dua jam adalah yang paling lama untuk buat lawatan tapi ada juga yang lebih selesa jika lawatan itu dalam masa yang singkat.
15: Mengharapkan layanan lebih dari tuan rumah
hehe..yang ni kena faham-faham lah kan.Ye lah ibubapa baru ni mungkin penat dan si ibu pun masih dalam berpantang jadi kalau nak hidang macam-macam tu kesian lah pada si ibu kan..tapi apakata kalau anda yang offer diri untuk buat minuman ke atau anda bungkuskan makanan dan makan bersama ke? iye nya akan lebih membantu kan
Akhir sekali, semua ibu dan bapa adalah berbeza dan menghargai pelbagai sokongan keluarga dan rakan-rakan. Walaupun senarai ini ada yang anda rasakan tak betul tapi ia mungkin ada benarnya kan.. macam yang kita tahu ibu bapa yang baru menimang cahayamata ini akan merasa penat selepas melalui tempoh kelahiran.
Wasalam
Sumber artikel : 15 Things To Avoid When Visiting A Newborn Baby
15 Perkara Perlu Di Elak Bila Lawat Bayi Baru Lahir by Fina Affaidi