Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rata-rata ibu hamil kerap dan cepat letih ketika hamil. Ada ibu yg pada waktu pagi sangat cergas, tapi apabila waktu petang terasa letih sangat. Keletihan ini memang sinonim kepada ibu hamil.
Tapi anda tahu kenapa ibu hamil sering letih dan apa nak buat untuk kekal cergas sepanjang hari?
Ah..ni nak share ni, tapi sebelum tu kita baca dulu apa yang menyebabkan kita selalu rasa letih..:)
1. Di awal trismester pertama badan akan bekerja lebih keras kerana badan sedang menyediakan uri untuk bayi dalam rahim kita. Proses ini akan berakhir pada pada trimester pertama.
2. Badan juga perlu bekerja lebih untuk menyediakan nutrient kepada 2 orang.
3. Banyak tenaga diperlukan untuk bergerak akibat pertambahan berat badan.
4. Perubahan hormon yang ketara. Tahap hormon dan metabolisma berubah dengan cepat, tetapi tahap gula dan tekanan darah akan menurun.. Oleh itu ibu akan cepat berasa letih.
5. Selain itu ditambah pula denagn rasa loya-loya, muntah-muntah dan pening. Ini juga merupakan perubahan hormon dalam badan. Jadi ini juga menjadi penyebab ibu hamil bertambah letih. Ketika ini ibu hamil perlu minum lebih banyak air untuk elak daripada dehidrasi akibat muntah.
6. Tanda-tanda ini akan berakhir apabila kandungan mencecah 12 minggu dan ke atas.
Okay..yang ni baru tips macam mana nak kurangkan rasa letih
1. Banyakkan rehat seperti cuba untuk tidur sebentar pada waktu siang. Pada waktu malam pula cuba untuk tidur lebih awal.
2. Jika ibu menpunya anak lain, tinggalkan anak-anak kepada penjaga buat sementara agar ibu dapat berehat/tidur sebentar.
3. Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, susu rendah lemak, daging serta sumber karbohidrat seperti nasi, roti dan mee.
Elakkan/ kurangkan
daripada makan makanan ringan dan segera seperti mee segera, keropok, jajan, coklat serta minuman berkafien dan minuman berkarbonate (air gas).
4. Makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan masalah loya dan muntah-muntah. Jika sering muntah akan memudahkan badan dimasuki angin. Dengan makan pada kuantiti yang sedikit dan kerap dapat membantu mengurangkan masalah muntah dan rasa tidak selesa.
5. Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.
Okay sampai sini artikel saya kali ini ye. Harap kita berjumpa di artikel yang lain pula.
Wasalam