Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari ni nak berkongsi sikit tentang keloid sebab beberapa hari lepas ada pelanggan yang menghubungi saya dan bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh beliau. Menurut pelanggan saya ni beliau sering rasa pedih dan gatal dibahagian parut luka cesarean terutama apabila badan berpeluh. Kerisauan beliau sebenarnya lebih kepada kemungkinan jika luka masih tak sembuh sepenuhnya walaupun dah 6 bulan lepas bersalin pembedahan.
Selepas bertanya dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya cuba google perkataan ‘photo of keloid’. Kebetulan pula diwaktu yang sama pelanggan saya ni sedap mengadap PC, laju je lah meng-google. Terjawablah pertanyaan pelanggan saya ni lepas dia tengok gambar keloid tu. Sama sebiji macam dalam gambar kat internet katanya..
Jadi… mari kita mulakan.
Apa itu Keloid…?
Keloid adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka, biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. Keloid boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih apabila dipegang dan juga sewaktu badan berpeluh. Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika keloid ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan diwaktu yang sama badan berpeluh).
Kebiasaanya keloid adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semula jadi. Namun begitu, keloid ni tak hanya terhad untuk muncul di luka cesarean saja. Ianya juga boleh terjadi dibahagian telinga yang ditebuk lubang untuk bertindik, di bahagian dada, lengan, leher, bahu dan mana-mana bahagian badan.
Bagaimana keloid boleh terjadi…?
Keloid biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan sewaktu didalam proses penyembuhan luka. Penyebab terjadinya keloid ini masih belum diketahui secara pasti. Berdasarkan kajian antara faktor yang menyebabkan terjadinya keloid ialah faktor genetik dimana mereka yang berkulit gelap (contohnya warga Afrika) mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mendapat keloid berbanding yang berkulit putih.
Tapi ini tidaklah bermakna mereka yang berkulit putih tidak akan terkena keloid, cuma risikonya adalah lebih rendah. Selain dari itu, bahagian luka yang terkena jangkitan dan tidak sembuh sepenuhnya juga terdedah kepada keloid yang mana bahagian tersebut pada mulanya adalah lembut tetapi akhirnya mengeras dan terbonjol.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat keloid…?
Berikut adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat keloid :
1. Ibu-ibu yang bersalin pembedahan dimana keloid terjadi di bahagian parut luka cesarean dan juga mereka yang menjalani pembedahan di mana-mana bahagian badan.
Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan sebagai antara ejen untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru kerana kandungan kolagen yang tinggi yang terdapat dalam dua jenis haiwan ini. Ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin pembedahan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.
2. Mereka yang mengalami kemalangan – keloid boleh muncul di bahagian parut dari luka kemalangan.
Huh, pertama kali tengok gambar ni, saya pun terkejut…!
3. Keloid boleh terjadi kepada mereka yang membuat tatoo di badan .
Ye.. mereka ini juga terdedah kepada keloid kesan dari torehan di bahagian kulit sewaktu proses membentuk lukisan tatoo di badan. Keloid juga boleh terjadi selepas proses membuang tatoo seperti gambar di atas.
4. Keloid juga boleh terjadi kepada mereka yang bertindik dibahagian telinga, hidung, lidah dan mana-mana bahagian badan.
Sewaktu proses pemulihan dari kesan tebukan untuk bertindik, keloid boleh terbentuk. Cuba tengok yang tumbuh keloid kat atas lidah tu. Rasanya mesti tak selesa nak makan kan..? Terasa ada bintil kat lidah.
5. Keloid kesan dari jangkitan di bahagian belakang tengkuk – yang ini agak jarang berlaku.
Keloid jenis ini biasanya mudah terjadi kepada lelaki Afrika. Patut la beberapa tahun lepas masa balik kerja saya berjalan dibelakang satu kumpulan Mat Afrika. Pelik pula tengok kat bahagian belakang tengkuk salah seorang dari mereka ada biji-biji gelap timbul. Mati-mati saya ingatkan mamat tu ada penyakit kulit. Rupa-rupanya keloid..! He…he…he… Anda boleh baca selanjutnya tentang keloid jenis ini di sini >> Keloid di belakang tengkuk <<
Bagaimanakah cara untuk membuang keloid…?
Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang keloid ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan rawatan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahan pula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh buang keloid tersebut sewaktu pembedahan cesarean yang berikutnya.
Jika perlukan info lebih lanjut tentang keloid, anda boleh rujuk di link berikut termasuk jenis rawatan yang boleh dilakukan >> Apa itu keloid dan cara membuang keloid <<
Ok, itu saja untuk kali ni. Harap info di atas membantu anda ye
Wasalam
Kak Faz
Related posts:
- Adakah Bengkung Moden Menekan Luka Cesarean? Assalamualaikum, Hari ni saya nak kongsikan satu email pertanyaan dari...
- Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin..? Assalamualaikum & salam sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi dengan...
- Bengkung Moden Kelebihan & kebaikan bengkung moden untuk bersalin pembedahan : 1....
- Urut sendiri bahagian badan lepas bersalin…? Assalamualaikum & salam sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi tips...
- Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan) Assalamualaikum & salam sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi soalan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .
{ 4 comments… read them below or add one }
info bagus.. saya pun ada keloid. 2,3 biji jugak.xtau mana dtg. ada yg aktif, ada yg keras mcm tu je. yg aktif tu sakit jugak la, nyut2 rasa, ngiluuuuu.
Saya juga ada keloid tapi berwarna kemerahan. Adakah ia masih boleh dirawat? Memang sakit /pedih kalau bahagian tersebut ditekan?
Puan, saya ada 2 soalan
1. bagaimana nak tahu luka dalaman tu dah sembuh atau belum?
2. Lotion apa yg palling bagus untuk bilangkan stretch mark ?
Slm kak faz,ade x dgr mane2 ibu yg bersalin normal slps 3 kali caeser?kalu luar negara tu adela terbaca
Puan Aziah, ngilu kan..? Dan parut cesare jadi tak berapa cantik..
Hi Puan Elvinovia ,
jawapan :
1. Luka biasanya jadi kuat lepas 3 bulan bersalin cesarean. Tapi untuk rasa ngilu memang ambil masa untuk hilang. Ada yang dah lepas 6 bulan bersalin pun masih ada rasa ngilu lagi. Tapi itu tidak bermakna luka puan belum sembuh ye..
2. Cara paling berkesan adalah cosmetic laser treatment. Boleh baca info tentang stretchmark di link ni >> http://www.bengkungmoden.com/blog/stretchmark-regangan-kulit
Puan Shikin , ye ada di Malaysia ni ibu yang berjaya bersalin normal selepas 3 kali melalui cesarean. Tapi dari apa yang saya baca buat masa ini ianya tidak begitu digalakkan oleh para doktor tempatan.
Klik Pada Tag Untuk Carian Anda
anak bayi bengkung bengkung bersalin bengkung moden bengkung moden murah bengkung modern berpantang bersalin bersalin cesarean bersalin normal bersalin pembedahan bra menyusu breastfeeding breastfeeding bra c-sect caeserean cara kempiskan perut cesarean cloth diapers coli menyusu hamil hari raya ibu jaundice jaundis kanak-kanak kempiskan perut lampin kain moden luka maternity bra mengandung menyusu nursing bra pantang pembedahan perut buncit petua kempiskan perut resipi review bengkung moden ruam lampin selsema babi senaman kempiskan perut susu ibu Testimoni
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Meta