Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)

by fazidah on April 25, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi soalan berikut yang ditanyakan oleh seorang suami melalui private message di page bengkung moden di Facebook :

Salam puan, saya nak tanya beberapa soalan.  Saya harap puan sudi menjawab soalan-soalan saya.

1. Isteri saya sudah sebulan melahirkan anak sulung kami secara ceasarean dan dia tak pernah pakai bengkung sejak selepas bersalin , adakah terlalu lambat jika isteri saya nak mula pakai bengkung sekarang?

2. Semalam saya check luka isteri saya ada cecair kuning cair keluar dari hujung kiri dan kanan tempat jahitan. Semasa awal lepas bersalin saya ada applykan gel solcoceryl pada bahagian luka jahitan untuk membantu mempercepatkan penyembuhan, dan alhamdulillah, sebelum ini  tak ada sebarang masalah dan luka isteri saya juga kering dan baik.  Tetapi, pada minggu ke tiga saya sudah tidak applykan lagi gel d kawasan luka.  Adakah itu penyebab keluarnya cairan kuning di tempat jahitan isteri? Isteri juga mengadu pedih d kawasan hujung kiri tmpt jahitan sejak dua hari lepas.  Atau adakah faktor pemakanan yang menjadi penyebab?

JAWAPAN :

Waalaikummussalam Encik,

Terima kasih atas soalan. Tumpang bangga dengan suami yang prihatin dengan isteri yang masih dalam pantang lepas bersalin macam encik.

Jawapan kepada soalan :
1. Masih belum terlambat dan masih boleh pakai bengkung moden. Cuma sebaiknya teruskan pakai walaupun lepas dah habis pantang agar isteri encik betul-betul dapat kempiskan perut .

2. Biasanya kulit di bahagian hujung kiri dan kanan luka dijahit lebih tebal dan ini menyebabkan agak mudah berlaku minor infection. Juga, bahagian hujung tu adalah tempat di mana doktor letakkan cangkuk untuk pastikan perut dan rahim terbuka semasa baby dikeluarkan. Jangkitan dibahagian hujung luka memang mudah berlaku kepada ibu-ibu yang bersalin cesarean.

Cara paling mudah untuk merawat jangkitan ini adalah dengan menyapu ubat pusat bayi (spirit) untuk keringkan luka dibahagian yang terkena jangkitan setiap kali selepas mandi. Insya allah bahagian yang terkena jangkitan biasanya akan beransur kering selepas beberapa hari.

Harap jawapan di atas membantu ye :)

Harap soalan dan jawapan diatas juga membantu pelawat blog bengkung moden ini

Wasalam

Kak Fazidah

bengkung moden

Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan) by

{ 7 comments… read them below or add one }

fazilah June 22, 2013 at 8:07 am

Salam. Sy kini sedang berpntang setelah melahirkn ank yg ke3 secara ceaseran bt kali ke3. Masalahnya sekarang luka ceaser mngeluarkn cecair nanah dan trdpt beberapa tmpt yg terbuka jahitannya.. sblm ni sy xprnah mengalami mslh sebegini. Sy tlh mngmbil beberapa ubt mkn antibiotik dan hasilnya masih sm.. apa lagi yg perlu sy lakukan..

fazidah June 25, 2013 at 4:20 am

Waalaikummussalam Puan Fazilah,

Puan ni yang call saya hari tu kan..? Sebaiknya puan buat pemeriksaan di klinik / hospital sekali lagi ye.

Rashsya July 10, 2013 at 12:43 pm

Salam puan…sy nak tanya beberapa soalan.Harap puan sudi menjawab soalan2 sy.

1.sy sudah 3 minggu melahirkan anak sulung secara ceasarean dan tak pernah pakai bengkung semenjak hari pertama bersalin, kerana takut mengalami masalah dengan luka dalaman.Bolehkan sy memakai bengkung selepas 3 bulan??

2.selepas 18 hari , terdapat sititik and nanah keluar..(mcm jari tercucuk jarum je).sy sapukan ubat pusat bayi (spirit) dan minyak gamat..Adakah ini tanda jahitan terbukak? Tiada darah dan nanah keluar lepas sy sapukan ubat pusat bayi dan minyak gamat selama 2 hari.Adakah cukup untuk menyapu ubat pusat bayi seandainya keluar nanah?

3.Adakah normal perut masih terasa sakit tiap kali hendah bangun dari katil atau kerusi selepas 3 minggu ceasarean? Berapa lama luka a d rasa sakit akan hilang n pulih??

fazidah July 15, 2013 at 10:53 am

Wslm Puan Rashsya,

Jawapan kepada soalan :

1. Ye masih boleh. Bengkung Moden juga boleh dipakai sewaktu bekerja atau keluar berjalan-jalan, tidak terhad kepada pemakaian sewaktu dirumah saja.

2. Itu bukan tanda jahitan terbuka.. tapi jangkitan. Ianya adalah normal dan mudah terjadi (jika satu saja tempat yang kena). Sapu ubat pusat baby saja dah cukup. Jika betul-betul terbuka biasanya luka makin merebak besar dan perlu dicuci di hospital / klinik

3. Ianya adalah normal untuk masih rasa sakit kerana puan baru saja 3 minggu lepas bersalin pembedahan. Rasa sakit biasanya masih ada walaupun selepas 6 bulan dan agak subjektif dari segi berapa lama puan akan rasa kerana ada yang masih rasa ngilu selepas 1 tahun, ada juga yang tidak rasa lagi..

Harap menjawab soalan puan ye.. tq

suzana December 18, 2013 at 10:39 am

Assalamualaikum puan,

saya menjalinan pembedahan left ectopic pregnancy pada 17/10/13 dan berpantang sehingga hujung november’13. pada 18/12/13 pagi saya terasa sakit pada bahagian luka dah bila tengok ada mata nanah. bila terkena seluar sakit. saya call GH (tempat saya jalani pembedahan tapi mereka suruh pergi bahagian pesakit luar.

dari pendapat puan kenapakah setelah hampir 2 bulan masih bole bernanah? sedangkan benangnya sudah tercabut.

haruskan saya ke hospital atas saya hanya berpantang kembali seperti sebelumnya.

harap puan dapat membantu.

terima kasih
suzana

Fazidah December 19, 2013 at 3:00 pm

Wslm Puan Suzana,

Sepatutnya jika selepas 2 bulan luka dah mula kuat dan tidak lagi bernanah KECUALI jika kawasan luka masih basah / lembap akibat dari berpeluh atau dibahagian tersebut sering berlipat dan tertutup seterusnya menjadi lembap setiap kali badan puan berpeluh.

Apa2 pun, sebaiknya puan pergi saja ke GH untuk pemeriksaan lanjut dan juga untuk cuci bahagian bernanah ye.

Tentang berpantang tiada masalah jika puan nak teruskan atau sebaliknya kerana yang penting adalah pastikan parut luka sentiasa kering.. itu saja.

lin January 16, 2014 at 2:13 pm

Slm puan.sy operate anak pertama & dah 36 hari pantang.terdapat cecair kuning & melekit keluar dr vagina .adakah terdapat jangkitan atau luka dlmn sy bermasalah?harap puan dapat membantu.trm kasih.

Leave a Comment